Union of Postal Uniform Staff (UPUS) | Kesatuan Pekerja-pekerja Pos Pakaian Seragam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Pertubuhan yang dianggotai oleh pekerja-pekerja pos yang berpakaian seragam. |
production worker | pekerja pengeluaran | Ekonomi | Tiada | Pekerja-pekerja yang bekerja di kilang untuk pengeluaran industri secara langsung sama ada mahir atau tidak mahir, kecuali pengurus pentadbir. Sinonim: factory worker |
workers' management | pengurusan pekerja | Ekonomi | Tiada | Sistem yang membolehkan pekerja-pekerja sesuatu perusahaan itu membuat sebahagian besar keputusan yang biasanya dilakukan oleh pihak pengurusan. |
reverse engineering | kejuruteraan membalik | Ekonomi | Tiada | 1. Apabila pekerja-pekerja tempatan telah mempelajari dan memperoleh idea baru daripada teknologi yang diimport, dan seterusnya merombak balik mesin dan teknologi yang diimport itu, memperbaik serta memajukannya hingga seolah-olah menjadi satu teknologi ciptaan yang baru pula. |
occupational disease | penyakit pekerjaan | Perubatan | Tiada | Penyakit yang khususnya cenderung kepada pekerja-pekerja dalam sesuatu pekerjaan. |
wage discrimination | diskriminasi upah | Ekonomi | Tiada | Bayaran upah yang berbeza antara pekerja-pekerja walaupun kerja yang dilakukan adalah sama. |
ajir khass | pekerja khas/pekerja khusus | Perniagaan Islam | Tiada | Pekerja upahan bagi suatu tempoh tertentu. Pekerja khas boleh menerima bayaran upah setelah bersedia dan pekerja tersebut dianggap sebagai pemegang amanah kepada majikannya dan tidak menanggung kerosakan yang berlaku melainkan berlaku kecuaian atau tindakan tanpa kebenaran. |
job rotation | pusingan kerja | Pentadbiran | Tiada | Kaedah daripada rancangan pengurusan untuk memindahkan atau menukarkan pengurus dan pekerja-pekerja lain buat sementara daripada satu tugas ke satu tugas yang lain dalam organisasi untuk memberikan pengalaman dan pengetahuan yang luas. |
contact list | senarai hubungan | Komunikasi | Tiada | Senarai yang mengandungi himpunan sumber-sumber untuk mendapatkan keperluan penerbitan dan pengurusan dalam bidang komunikasi. Maklumat-maklumat yang terkandung dalam senarai ini boleh membantu pekerja-pekerja komunikasi membuat hubungan yang seterusnya. |
sex discrimination | diskriminasi jantina | Ekonomi | Tiada | Layanan kurang baik terhadap pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki. Misalnya, pembayaran gai dan upah yang rendah diberi kepada pekerja wanita berbanding dengan pekerja lelaki kerana prasangka terhadap kebolehan , kemahiran, dan kekuatan tenaga fizikal kaum wanita, serta ketiadaan kesatuan sekerja wanita. Sinonim diskriminasi wanita. |