Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg diusahakan (dilakukan berterusan) kerana mencari nafkah: ~nya yg baru ini menjadikan hidupnya agak senang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : 1 sesuatu yg dilakukan utk mencari nafkah hidup; pencarian: ~ mereka ialah bercucuk tanam dan menangkap ikan. 2 sesuatu yg dikerjakan atau yg dibuat: Demikianlah ~nya setiap hari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.ker.ja.an] | ڤکرجاءن

Definisi : sesuatu yg dilakukan oleh seseorang utk mencari nafkah; pencarian: Ada yg ~nya berladang dan ada pula yg berniaga. 2 sesuatu yg mesti dilaksanakan; tugas: Tiap-tiap orang hendaklah menjalankan ~ masing-masing. 3 kegiatan atau usaha melakukan sesuatu: ~nya tiap-tiap hari tiada lain drpd membaca surat khabar. ~ kayu pertukangan kayu (spt membuat kerusi dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai ikan lampam di ulak jamban.

Bermaksud :

Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat. (Peribahasa lain yang sama makna: Merayap-rayap seperti kangkung di ulak jamban).

 

Lihat selanjutnya...(277)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
labour migrationpenghijrahan buruhGeografiTiadaPenghijrahan buruh daripada satu kawasan atau negara akibat tarikan pekerjaan-pekerjaan yang memerlukan guna tenaga manusia di kawasan atau negara tarikan.
part-time jobkerja sambilanPentadbiranTiadaPekerjaan lain atau pekerjaan tambahan selain pekerjaan biasa.
tertiary occupationpekerjaan peringkat ketiga; pekerjaan perkhidmatanGeografiTiadaTiada
cement retainerpembendung simenKejuruteraanPetroleumPerkakas yang dipasang secara sementara di dalam selongsong atau di dalam lubang telaga dengan tujuan untuk mencegah buburan simen melalui bahagian tertentu, di samping memaksanya mengalir mengikut alur yang telah dirancangkan atau ditentukan. Perkakas ini digunakan dalam penyimenan himpit dan pekerjaan-pekerjaan lain penyimenan pembaikan yang lain.
employment fraudfraud pekerjaanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu individu yang mencari pekerjaan dengan memberikan mereka harapan palsu untuk pekerjaan dengan menawarkan peluang masa depan atau gaji yang tinggi.
trade disputepertelingkahan perdaganganPentadbiranTiadaPertikaian antara majikan dengan pekerja yang berkaitan dengan syarat-syarat pekerjaan atau suansa pekerjaan.
industrial disputepertikaian perusahaanEkonomiTiadaPertikaian yang melibatkan majikan dengan pekerja-pekerjanya yang bersangkutan dengan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan.
job scampenipuan pekerjaanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh individu yang menyamar sebagai majikan atau perekrut, yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik, yang memerlukan pencari kerja membayar sedikit wang terlebih dahulu untuk visa kerja, perbelanjaan perjalanan atau semakan kredit yang diperlukan untuk pekerjaan itu.
job centrepusat pekerjaanPentadbiranTiadaPejabat perkhidmatan pekerjaan yang biasanya terletak di pusat bandar raya yang menawarkan beberapa jenis perkhidmatan.
occupational hazardbahaya pekerjaaninsuransTiadaKeadaan dalam sesuatu pekerjaan yang meningkatkan risiko kemalangan, penyakit atau kematian.
12345678910...

Kembali ke atas