Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Tepuk dada tanya selera.

Bermaksud :

Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Dengan berbekal maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. 2) Dengan berbekalkan maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik. Ayat (1) atau ayat (2) betul iaitu "dengan berbekal" atau "dengan berbekalkan" 3) memperbaharui lesen atau membaharui lesen? Terima kasih. Salam1. Ayat yang betul ialah Dengan berbekalkan maklumat kemahiran yang ada, Husni berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.  

2. Menurut Kamus Dewan, baharu atau baru bermaksud membaharui, memperbaharui, membaiki semula (melakukan sesuatu, mengubah, dan lain-lain). Ini bermakna kedua-duanya boleh digunakan.
Lain-lain17.09.2015
boleh tolong berikan maksud masyarakat??

Sdr. Nurul terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Mengikut kamus Dewan inilah yang dimaksudkan dengan masyarakat - kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan; Terima kasih

Tatabahasa13.07.2009
saya juga mohon jasa baik memperbetulkan penggunaan bahasa di dalam ayat di bawah. "Teruskanlah berusaha untuk memajukan diri baik dalam dunia pekerjaan mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi."Ayat tersebut betul dan tiada kesalahan bahasa. Lain-lain29.10.2021
Tuan, adakah mengukur baju di badan sendiri fungsi ataupun maksud Samadengan tepuk dada tanyalah selera?1. Mengukur baju di badan sendiri - bermaksud "menentukan baik buruk perbuatan orang berdasarkan kepada perasaan sendiri".(Peribahasa lain yang sama makna ialah Mengenakan baju di badan maka sesuai")
2. Tepuk dada tanya selera - bermaksud "Sesuatu pekerjaan yang akan kita lakukan hendaklah difikirkan baik-baik menurut keyakinan kita sendiri"
*Sumber: Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lain-lain12.05.2015
Diminta jasa baik /tuanpuan untuk mengesahkan atau membetulkan mana-mana terjemahan yang tidak tepat. Untuk pengetahuan pihak puan, ini adalah permintaan dari pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Equipment description Perihal Peralatan Slug Catcher Penangkap Slug By Pass Vessel Pengandung Pirau Gas Scrubber Penggosok Gas Launcher/ Receiver Pelancar/Penerima HP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan HP By Pass Flash Separator Pemisah Kilat Pirau LP Condensate Separator Pemisah Pemeluwapan LP Fuel Gas Scrubber Penggosok Gas Bahan Api HP Flare Scrubber Peggosok Api HP Foam Tank Tangki Busa Sekali lagi, jasa pihak tuan/puan amat dihargai.Soalan saudara ini tidak jelas dan senarai istilah tidak tersusun. Walau bagaimanapun, kami telah menjawab soalan ini pada soalan no.17068.Istilah20.02.2010
Apakah yang dimaksudkan cencaru makan petang?Peribahasa  "cencaru makan petang" bermaksud pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.Tatabahasa15.04.2012
maksud peribahasa.1. Dalam tangan 2. Ada bakat 3.Bahasa kesat 4.Bekas tangan. 5.Baik hati. 6. Ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
maksud peribahasa.1. dalam tangan 2. ada bakat. 3.bahasa kesat.4. bekas tangan.5. baik hati. 6.ambil berat

1.dalam tangan :dlm kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh;

2. ada bakat: ada kenolehan dalam sesuatu lapangan pekerjaan

3. bahasa kesat: bahasa kotor

4. bekas tangan: i tanda tangan ii. barang buatan iii.pukulan

5. baik hati : baik peranganinya

6.ambil berat : ambil perhatian, ambil pusing

 

Makna07.05.2009
Salam. Saya ingin menyemak terjemahan saya untuk tajuk bahasa Inggeris ini. Adakah betul atau tidak? - Marker Operation Planning & Supervision: Penyeliaan dan Perancangan Operasi Marker Apakah terjemahan tepat bagi perkataan 'Marker'? Marker di sini ialah salah satu pekerjaan di dalam industri pakaian dan tekstil. Mohon jasa baik tuan menyemak dan mengesahkan terjemah tepat bagi Marker. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, marker bermaksud penanda. Cadangan terjemahan yang sesuai untul Marker Operation Planning & Supervision ialah Penanda Perancang Operasi dan Penyeliaan. Mohon nyatakan tugas kerja pekerjaan ini untuk rujukan.


Makna12.03.2018
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
123

Kembali ke atas