Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.bu.ran] | ڤلابورن

Definisi : 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.bu.ran] | ڤلابورن

Definisi : 1 wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan: Dr masa ke masa, dia menambah ~nya dlm skim Amanah Saham Nasional. 2 hal (perbuatan, cara dsb) melabur atau melaburkan: Kerajaan menggalakkan ~ drpd rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
labur2
Kata Terbitan : melabur, pelaburan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan/Puan Salam sejahtera dan terima kasih atas bantuan. "Investment Bundle" merujuk kepada pelbagai jenis pelaburan yang boleh dilabur sekaligus dengan bank. Apakah terjemahan "Investment Bundle" yang paling sesuai - Ikatan Pelaburan, Berkas Pelaburan, Gabungan Pelaburan, Pakej Pelaburan atau terjemahan lain?Dalam bidang ekonomi, istilah bahasa Melayu untuk consumption bundle ialah longgokan penggunaan. Berdasarkan istilah tersebut, kami mencadangkan investment bundle diterjemahkan kepada Pelaburan Longgokan.Penyemakan dan penterjemahan19.03.2019
Assalammualaikum, mohon semak terjemahan ini; "Nurturing Your Investment" = "Memelihara Pelaburan Anda" atau "Meningkatkan Pelaburan Anda". Tagline ini akan digunakan untuk paparan iklan billboard. Terima kasih.Cadangan jawapan yang sesuai ialah "Meningkatkan Pelaburan Anda"Penyemakan dan penterjemahan18.10.2023
Salam DBP, saya ingin dapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat Bahasa Malaysia yang betul. Saya sedang dalam memuktamadkan Penyata Kewangan syarikat saya. 1) Apakah ayat yang paling tepat untuk ayat Hartanah Pelaburan atau Harta Pelaburan. Ayat Bahasa Inggeris adalah Investment Property; dan 2) Apakah ayat yang paling tepat untuk ayat Hartanah, Loji dan Peralatan atau Harta Tanah. Loji dan Peralatan. Ayat Bahasa Inggeris adalah Property, Plant and Equipment. Diharap dengan khidmat nasihat DBP akan memastikan penggunaan ayat Bahasa Malaysia digunakan dengan betul. Sekian terima kasih.

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. Investment Property = Hartanah Pelaburan, Harta Pelaburan atau Hak Milik Pelaburan.

2. Property, Plant and Equipment = Hartanah, Loji dan Kelengkapan atau Hartanah, Loji dan Peralatan.

 

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah05.06.2021
Saya ingin bertanya, sekiranya Dewan Bahasa dan Pustaka mempunyai glosari untuk perkataan berkaitan pelaburan dan dimanakah boleh saya semak rujukan perkataan sama ada terjemahan dia betul atau salah? Terima kasihSalam sejahtera,

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menerbitkan buku glosari pelaburan, iaitu Glosari Pelaburan (1996) dan Kamus Pelaburan (1997). Buku tersebut boleh dirujuk melalui sistem Pengurusan Perpustakaan DBP, iaitu http://pustakav2.dbp.gov.my/ (seperti lampiran).

Rujukan perkataan dan terjemahan pelaburan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui Sistem Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) atau melalui pautan http://prpm.dbp.gov.my/

Sekian, terima kasih. 


 
Lain-lain24.04.2020
Adakah istilah pelaburan komited adalah terjemahan yang sesuai untuk committed investment, atau lebih sesuai ditukar kepada komitmen pelaburan?Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah committed investment ialah pelaburan terikat. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah25.10.2023
Assalamu'alaikum. Apakah terjemahan untuk istilah "ethical investing" dan "responsible investing"? Terima kasih.Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "ethical investing" dan "responsible investing" ialah pelaburan beretika dan pelaburan bertanggungjawab.Istilah16.03.2017
Mohon kerjasama meneliti terjemahan Bahasa Melayu bagi jabatan-jabatan ini :- (1) Corporate Affairs & Communications - Hal Ehwal Korporat & Komunikasi (2) Financial & Management Audit - Audit Kewangan & Pengurusan (3) Investment Analysis - Analisa Pelaburan (4) Equity Market Operations - Operasi Pasaran Ekuiti (5) Fixed Income - Pendapatan Tetap (6) Performance & Portfolio Assessment - Penilaian Portfolio & Prestasi (7)Public Equity - Ekuiti Awam (8) Private Investment - Pelaburan Swasta (9) Corporate Planning & Strategy - Strategi & Perancangan Korporat (10) Landbanking - Perbankan Tanah (11) Investment Property - Pelaburan Harta (12) Affordable Housing - Perumahan Mampu Milik (13) Marketing & Sales - Pemasaran & Jualan (14) Agent Management & Customer Relations - Pengurusan Ejen & Perhubungan Pelanggan (15) Unit Trust Strategy & Product Management - Strategi Unit Amanah & Pengurusan Produk (16) Business Solutions - Solusi Perniagaan (17) Branch Management & Supervision - Pengurusan & Penyeliaan Cawangan (18) Unit Trust Operations & Record Administration - Operasi Unit Amanah & Pentadbiran Rekod (19) Investment Processing - Pemprosesan Pelaburan (20) Management Information System - Sistem Maklumat Pengurusan Terima kasih.1. Simbol & perlu dieja penuh "dan".
2. Investment Analysis = Analisis Pelaburan
3. Pelaburan Harta atau Harta Pelaburan? Kerana padanan bahasa Inggeris ialah Harta Perlaburan
4. Business Solutions = Penyelesaian Perniagaan
Penyemakan dan penterjemahan26.01.2017
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian apakah terjemahan yang tepat untuk "term sheet" (dokumen yang mengandungi terma pelaburan yang wajib dikemukakan oleh penerbit instrumen pelaburan tertentu kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia) - adakah "helaian terma" atau "kertas terma" atau ada terjemahan yang lain? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan bagi perkataan "term sheet" ialah "perjanjian pelaburan tak terikat".Istilah17.03.2022
Perkataan sontot tiada dalam Kamus Dewan. Ia sering dikaitkan dengan pelaburan emas apabila pelabur kehilangan wang pelaburan. Adakah ada perkataan lain yang sesuai menggantikan perkataan SONTOT atau ia boleh digunakan?Melalui carian di internet, tidak menemukan maklumat tentang perkataan sontot dalam konteks yang berkenaan. Sila hubungi kami semula dan nyatakan contoh dan sumber penggunaan perkataan tersebut.Istilah28.04.2015
pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian adalah kerana perubahan harga emas di pasaran adalah kerana atau yang disebabkan oleh/ disebabkan oleh?Ayat yang betul ialah Pelaburan emas bermaksud keuntungan atau kerugian yang disebabkan oleh perubahan harga emas di pasaran.Tatabahasa13.11.2016
12345

Kembali ke atas