Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.dang] | ڤلادڠ

Definisi : orang yg menyelenggarakan la­dang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.dang] | ڤلادڠ

Definisi : orang yg mengusahakan atau yg menyelenggarakan ladang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ladang (kata nama)
Bersinonim dengan kebun, sawah, bendang, huma, tegal, estet;,
Kata Terbitan : berladang, perladangan, peladang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta diperbetulkan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.(1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut)
(2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983.
(3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
(4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
Tatabahasa07.03.2014
Minta diperbetuklan ayat ini: (1) Pertubuhan peladang yang dibentuk dibawah kaedah ini. (2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan peladang 1983. (3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah. (4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.(1) Pertubuhan peladang yang dibentuk di bawah Peraturan ... (namakan peraturan tersebut)
(2) Unit Ahli ertinya seperti di dalam Peraturan 2, Peraturan-Peraturan Peladang 1983.
(3) Pengurus Besar hendaklah membentangkannya di dalam Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
(4) Kaedah ini hendaklah dibentangkan di dalam Mesyuarat Agung.
Tidak banyak pembetulan yang dibuat, yang penting pastikan kata nama khas yang digunakan itu betul seperti Peraturan-Peraturan Peladang 1983 dan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah.
Tatabahasa06.03.2014
Sambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan A. besar-besaran B. gilang -gemilangSambutan Hari Peladang dan Penternak telah disambut dengan besar-besaran.Tatabahasa12.07.2011
Peladang itu membimbit bakul yan g berisi sayur-sayuran itu di atas kepalanya. Adakah ayat di atas betul?Ayat yang betul ialah Peladang itu menjunjung bakul yang berisi sayur-sayuran di atas kepalanya. Tatabahasa23.10.2021
Mohon pandangan tuan berhubung penggunaan ayat "kalangan" seperti berikut: 1) Perkataan "dari kalangan" Contoh ayat: Kumpulan Peladang Muda/Kor Tani merupakan satu kumpulan bagi memudahkan pelaksanaan dan menggiatkan penyertaan dari kalangan ahli muda lelaki dan wanita PPK. 2) Perkataan "di kalangan" Contoh ayat: Pertikaian yang berlaku di kalangan Kumpulan Peladang Muda hendaklah diselesaikan secara rundingan muhibah. Soalan: 1) Adakah terdapat perkataan lain yang lebih sesuai digunakan untuk "kalangan" ? 2) Bila penggunaan "di kalangan" / "dalam kalangan" / "dari kalangan" / "daripada kalangan" / "kalangan" sesuai digunakan?Frasa "di kalangan" telah mantap penggunaannya "dalam kalangan" masyarakat. Namun Tatabahasa Dewan menerima frasa "dalam kalangan" sebagai gramatis kerana kata sendi nama di hadir sebelum tempat sedangkan kalangan ialah tempat/ruang yang abstrak. Untuk makluman, kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. Kata sendi nama 'daripada' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber, atau unsur perbandingan atau perbezaan. Frasa yang betul daripada kalangan.Lain-lain05.03.2014
Assalamaulaikum. Untuk makluman, bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) akan menganjurkan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Anggota (Sukan Dwi Tahunan) LPP 2022 pada 11-14 Mac 2022 bertempat di USIM. Program ini tiada Majlis Pembukaan (Perasmian) tetapi akan diadakan Majlis Penutupan pada 13 Mac jam 4.30 petang oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan. Soalan Adakah penggunaan ayat Majlis Penutupan itu sesuai/boleh digunakan walhal tiada Majlis Pembukaan(perasmian) diadakan. Apakah tajuk sesuai untuk majlis tersebut? Terima kasih."Majlis Penutupan" boleh digunakan.Lain-lain05.03.2022
Salam sejahtera Tuan, Saya ingin membuat pertanyaan berkenaan untuk penyemakan terjemahan Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu iaitu seperti yang tertera di bawah ini:- a) Planter's Act = Akta Penanam; atau b) Planter's Act = Akta Peladang. Antara terjemahan item (a) dan (b) mana satukah terjemahan ke bahasa Melayu yang betul dan boleh digunapakai? Memohon pencerahan pihak tuan berkenaan perkara di atas. Sekian terima kasih.Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan tersebut betul penggunaannya.

Penanam bermaksud orang yg menanam (menanam­kan).

Peladang bermaksud orang yg menyelenggarakan ladang atau petani.

Kami mencadangkan Akta Peladang yang mempunyai lebih luas maksudnya.

Sekian, terima kasih.
Istilah30.10.2017
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ladang". Adakah ladang termasuk kawasan yang ditanami padi? peladang juga boleh merujuki orang yang menanam padi? kalau begini, pekebun ialah orang yang mengusahakan tanah secara kecilan. Oleh itu, adakah pekebun juga merangkumi orang yang menanam padi? Harap penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Tempat menanam padi ialah sawah atau bendang,  iaitu tanah yang bencah, diairi. Manakala ladang ialah kawasan yang ditanami dengan tidak diairi. Berdasarkan maksud tersebut, orang yang menanam padi dinamakan pesawah.Lain-lain01.09.2021
Tuan, saya ingin bertanya tentang perkataan "ladang". Adakah ladang termasuk kawasan yang ditanami padi? peladang juga boleh merujuki orang yang menanam padi? kalau begini, pekebun ialah orang yang mengusahakan tanah secara kecilan. Oleh itu, adakah pekebun juga merangkumi orang yang menanam padi? Harap penjelasan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.Tempat menanam padi ialah sawah atau bendang, iaitu tanah yang bencah, diairi. Manakala ladang ialah kawasan yang ditanami dengan tidak diairi. Berdasarkan maksud tersebut, orang yang menanam padi dinamakan pesawah.Tatabahasa02.09.2021
Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan.Mohon bantuan proses penerbitan bahan bercetak berbentuk ilmiah yang berkisar sektor pertanian. Adakah perlu dapatkan kelulusan KDN atau memadai DBP sahaja. Bahan terbitan adalah berkaitan aktiviti LPP dan kisah kejayaan usahawan. Edaran merangkumi ahli peladang, universiti dan jabatan/agensi kerajaan.
Tiada kelulusan daripada DBP dalam penerbitan bahan bercetak sama ada buku, buletin, brosur atau manual. Kelulusan DBP hanya untuk penerbitan bahan dan buku terbitan DBP sahaja. Kami mengalu-alukan pihak puan menerbitkan bahan bercetak berbentuk buku dengan DBP.
Lain-lain30.12.2013
12

Kembali ke atas