Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ja.ran] | ڤلاجرن

Definisi : 1. segala sesuatu yg dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yg diperoleh): mereka diseru supaya menggunakan ~ yg ada pd mereka utk faedah masyarakat; 2. proses (usaha, kegiatan) belajar atau mencari ilmu pengetahuan, pengajian, penuntutan (ilmu pengetahuan): beberapa orang pelajar dr sekolah tersebut akan melanjutkan ~ mereka di luar negeri; 3. yg berkaitan dgn pengajaran ilmu pengetahuan: masalah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ja.ran] | ڤلاجرن

Definisi : segala sesuatu yg dipelajari atau yg diajarkan: Di samping berjaya dlm lapangan sukan, Ali maju dlm ~nya juga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelajaran

Peribahasa

Berguru kepalang ajar,
     bagai bunga kembang tak jadi.

Bermaksud :

Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meaningful learningpembelajaran bermaknaPendidikanTiadaPembelajaran yang menghubungkan kandungan pelajaran baru dengan pelajaran atau pengetahuan yang lalu.
structured teachingpengajaran berstrukturPendidikanTiadaKaedah mengajar mengikut sukatan pelajaran dan kegiatan pelajaran yang dirancang dengan baik dan bersistem.
performance-based instructionpengajaran berasaskan prestasiPendidikanTiadaPengajaran berdasarkan penguasaan kemahiran mengikut kriteria tertentu seperti kebolehan belajar untuk menunjukkan kemampuan menguasai sesuatu unit pelajaran sebelum dibenarkan melanjutkan pelajaran ke unit yang berikutnya.
subject specialistpakar mata pelajaranPendidikanTiadaSeseorang yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu mata pelajaran.
subject-centred approachpendekatan berpusatkan mata pelajaranPendidikanTiadaPendekatan yang mengutamakan kandungan sukatan pelajaran atau kurikulum.
learning objectobjek pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranSumber digital berciri boleh guna semula, modular dan berdiri sendiri. Objek pembelajaran ini serba lengkap dari segi strukturnya yang mengandungi objektif, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran bagi sesuatu pelajaran atau siri pelajaran sama ada dalam bentuk unit, modul, kursus-kursus dan juga program. Koleksi ini umumnya terdiri daripada item isi kandungan pelajaran, item ulang kaji dan item pentaksiran yang dibangunkan berdasarkan satu objektif pembelajaran.
family takaful plan for educationpelan takaful keluarga untuk pelajaranEkonomiEkonomi IslamPelan tabungan bagi membiayai pelajaran tinggi anak-anak peserta sekiranya peserta meninggal dunia. Mengikut pelan ini, anak yang dinamakan dalam sijil takaful hanya akan menerima manfaat takaful apabila menjangkau umur 18 tahun sekiranya peserta meninggal dunia sebelum tarikh matang sijil. Di samping itu, peserta juga mendapat perlindungan takaful untuk kemalangan diri, keilatan kekal seluruh badan dan pembiayaan kos rawatan hospital.
post testpascaujianPendidikanTiadaUjian yang diambil setelah menyelesaikan pelajaran untuk mengukur penguasaan isi pelajaran tersebut.
flipped classroomkelas balikanTeknologi Maklumate-PembelajaranStrategi pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan pembelajaran teradun. Strategi ini memerlukan pelajar untuk mengikuti penyampaian pelajaran atau kandungan pembelajaran secara kendiri dalam talian dan kemudiannya aktiviti pelajaran seperti tugasan, tutorial atau kerja rumah dijalankan dalam kelas bersama-sama dengan pengajar. Lihat juga pembelajaran teradun.
lessonpelajaranPendidikanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas