Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelak;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pelak signboardSekiranya ini papan premis perniagaan, sila masukkan keterangan aktiviti dalam bahasa Melayu di bahagian atas. Contohnya: PEJABAT URUSAN. Setelah dibuat pembetulan, sila hantar semula melalui Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) untuk mendapatkan sujil pengesahan.  Lain-lain09.11.2016
Assalamualaikum...salam sejahtera... Saya nak bertanya...perbezaan ejaan saidina dengan saiyidina...contoh...saidina ali. Soalan 2 Maksud mengawal selia... Maksud mengawasi.... Terima kasih.Alaikumussalam.
Ejaan yang tepat ialah "sayidina"

Mengawal selia berasal daripada perkataan kawal selia yang bermaksud: tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan.

Mengawasi pula bermaksud: memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat;
Ejaan11.11.2014

Kembali ke atas