Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la/.sa.na] | ڤلقسان

Definisi : orang (badan dsb) yg melaksana­kan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la/.sa.na] | ڤلقسان

Definisi : orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laksana
Kata Terbitan : melaksanakan, pelaksanaan, pelaksana,
Rujuk :bagai;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a)jawatan kuasa b)pasukan pelaksana/perlaksana c)YBhg.?a)jawatankuasa b)pelaksana c)YBhg.Ejaan25.07.2011
Ingin mendapatkan maklum balas yang betul tentang penggunaan palang(/) dalam ayat seperti contoh ayat di bawah: Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi / Agensi Pelaksana
Tarikh rujuk kepada Pegawai Psikologi/Agensi Pelaksana   
(tiada jarak sebelum dan selepas tanda palang)
Lain-lain08.08.2018
Salam sejahtera. Soalannya, mengapa DBP masih belum memperoleh kuasa pelaksana undang-undang bagi kes pelanggaran Bahasa Kebangsaan? Seterusnya, mengapa DBP tidak memperjuangkan Sebutan Baku bagi tujuan formal, sebaliknya sebutan SJR pula yang diperjuang. Adakah ini bukan juga kehendak sebenar DBP namun terpaksa akur dengan langkah Kerajaan pada era tahun 2000 dahulu? Terima kasih.

Terima kasih atas komitmen tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Peranan untuk menegur dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, bukan sahaja tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, pejuang bahasa, guru, penulis atau karyawan, malah meliputi semua kelompok masyarakat. Oleh itu, tuan merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya.


Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Walau bagaimanapun, perancangan ke arah tersebut sedang diusahakan oleh DBP. 

Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain03.05.2023
Syed Amrun Jun 24th, 7:58am nak tanya jawatan pelaksana tugasnya macamneMohon jasa baik tuan dapatkan maklumat melalui http://prpm.dbp.gov.my untuk memahaminya dengan lebih lanjut. Dapatan kami ialah orang (badan dsb) yg melaksana­kan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. Terima kasih.Lain-lain24.06.2015
Assalamualaikum. Tuan, berdasarkan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013 - KENAIKAN PANGKAT SECARA TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN BAGI PEGAWAI KUMPULAN PELAKSANA YANG BERADA DI GRED LANTIKAN, mohon pandangan singkatan sesuai untuk istilah "time-based berasaskan kecemerlangan" sama ada TBK atau TBBK. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, kami tidak membenarkan singkatan dibentuk daripada perkataan bahasa Inggeris yang digabungkan dengan perkataan bahasa Melayu. Perkataan tersebut perlu diterjemahkan keseluruhannya kepada bahasa Melayu dahulu, kemudian  dicadangkan singkatan bahasa Melayu yang sesuai. Istilah29.12.2015
Salam, Saya ada soalan. Untuk perkataan "change-maker", apakah perkataan/istilah dalam Bahasa Melayu yang paling bersesuaian?Kami mencadangkan change-maker diterjemahkan kepada perintis perubahan, pelaksana perubahan atau pencetus perubahan bergantung pada konteks ayat yang digunakan.Penyemakan dan penterjemahan17.02.2016
apakah ejaan yang tepat untuk perkataan disamping atau di samping (jarak di dan samping)memperkasakan perkhidmatan awam dalam kalangan penjawat awam. disemua peringkat penggubal dasar atau pelaksana dasarEjaan yang tepat ialah di samping  . 
  Ejaan 'disemua peringkat' harus dijarakkan --> di semua peringkat .
Ejaan02.05.2014
Apakah maksud "laksana" dalam situasi ini: Generasi sekarang bijak laksana Terima kasih.Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud laksana ialah sebagai, umpama, atau seperti. Contoh ayat yang betul ialah Pasangan pengantin itu laksana cincin dgn permata. Laksana juga memberikan maksud yang lain, iaitu pelaksana orang, badan dan sebagainya yang melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dan lain-lain).Makna01.06.2017
Salam Sejahtera, Tuan, PENGGUNAAN BAHASA & ISTILAH YANG TIDAK SESUAI Untuk makluman, MAMPU melaksanakan satu program pemantauan yang dinamakan program Mystery Shopping. Walau bagaimanapun, MAMPU telah menerima saranan istilah yang lebih sesuai digunakan menggantikan Mystery Shopping seperti berikut: a) MYSTERY SHOPPING bermaksud MEMBELI BELAH secara RAHSIA @ RAHSIA MEMBELI BELAH. b) MYSTERY SHOPPER adalah istilah yang betul dan digunapakai terutamanya di dalam industri fast food & retail. Untuk makluman, pada pandangan BPP2, istilah Mystery Shopper yang dicadangkan adalah merujuk kepada Pegawai-Pegawai pelaksana program sedangkan Mystery Shopping MAMPU merujuk kepada program. Sehubungan itu, mohon pandangan tuan berkenaan perkara ini dan mohon cadangkan sekiranya ada perkataan Bahasa Melayu yang lebih sesuai untuk digunakan. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, istilah "mystery shopping" dan "mystery shopper" tidak ada dalam pangkalan data istilah DBP. Walau bagaimanapun, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pembelian Rahsia/Pembelian Misteri dan Pembeli Rahsia/Pembeli Misteri.Istilah12.05.2016
Salam... Saya amat berminat dengan bahasa dan penulisan. Apakah saluran yang betul untuk saya ikuti jika ingin menjadi salah seorang penulis tamu di DBP? Terima kasih.

Karyawan Tamu boleh dilantik  daripada warganegara atau bukan warganegara Malaysia untuk menghasilkan karya yang unggul dan signifikan yang boleh menyumbang ke arah memperkaya ilmu dan ketemadunan bangsa,  di peringkat kebangsaan, rantau dan antarabangsa, selaras dengan perkembangan terkini dan mendatang.

Individu  yang berminat boleh mengemukakan permohonan dengan menyertakan kertas cadangan tentang karya yang hendak dihasilkan. Kertas cadangan hendaklah mengandungi maklumat tentang biodata penulis, judul karya, sinopsis karya, isi kandungan karya dan kaedah kajian.

Permohonan boleh dihantar ke alamat berikut:

Ketua

Bahagian Pembangunan  Penerbitan,

Tingkat 13, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

Jawatankuasa Pelaksana akan bermesyuarat untuk menilai dan memberikan keputusan untuk menerima atau menolak permohonan.

Lain-lain04.09.2010

Kembali ke atas