Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lam.pung] | ڤلمڤوڠ

Definisi : sesuatu benda terapung (utk penahan kail, orang berenang, dll supaya jangan tenggelam): mari kita naik ~ terap ini menyeberang ke seberang sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lam.pung] | ڤلمڤوڠ

Definisi : sesuatu yg ringan dan terapung (utk mengapungkan pancing atau orang su­paya tidak tenggelam dll, menunjuk jalan di laut). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lam.pung] | ڤلمڤوڠ

Definisi : ; ~ jaring sj ikan darat, Puntius partipentazona. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lam.pung] | ڤلمڤوڠ

Definisi : sj tumbuhan (pokok), ambung-­ambung, Scaevola frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lam.pung] | ڤلمڤوڠ

Definisi : benda ringan yg dpt terapung di air (digunakan utk menahan pancing atau orang supaya tidak tenggelam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.lam.pung] | ڤلمڤوڠ

Definisi : benda yg tidak boleh tenggelam; benda yg boleh terapung (utk penahan pancing, penahan orang berenang drpd tenggelam dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampung
Kata Terbitan : melampung, pelampung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan untuk : 1. pahat 2. pelampungTiada penjodoh bilangan khusus untuk pahat dan pelampung. Paling hampir ialah sebuah pahat dan sebuah pelampung.  
Namun, Penggunaan perkataan pahat dan pelampung tanpa penjodoh bilangan adalah betul.
Tatabahasa10.09.2014
A)Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. B)Abang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Yang manakah satu ayat adalah betul ? Terima kasih.Ayat yang betul ialah 'Abang berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan'. Tatabahasa12.04.2011
Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan. Ali menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan berenang. Ayat yang manakah paling tepat? Terima kasih.Kedua-duanya betul tetapi bentuk ayat yang lazim digunakan dalam penulisan ialah "Ali berenang menggunakan pelampung sebagai langkah keselamatan". Tatabahasa16.04.2011
Adakah jaket keselamatan air boleh dipanggil pelampung?
Jaket keselamatan dan pelampung ialah dua benda yang berbeza dan bentuk pun berbeza, 
walaupun fungsinya sama.
Istilah01.08.2014
Ibu Kavita membelikannya pelampung yang baharu. Gariskan kata nama khas hidup manusia. Tolong bagi jawapan soalan ini Terima kasih.Ibu Kavitha merupakan kata nama khas hidup manusia.Tatabahasa16.01.2013
ejaan palampung atau pelampong?Ejaan yang betul ialah "pelampung".Ejaan13.06.2011
Salam Satu Malaysia, Berikan penjodoh bilangan bagi benda berikut a)pasu bunga b)jam tangan c) karipap d) ubi kentang e)ubi kayu f)lampu panjang g)mentol h)batu i)baldi j)pelampung Sekian, terima kasih.1. Sebuah pasu bunga.
2. Seutas jam tangan
3. Sebiji karipap
4. Bergantung pada keadaan.
5. Bergantung pada keadaan.
6. Sebatang lampu
7. Sebiji mentol
8. Sebiji batu
9. Sebuah baldi
10. Tiada penjodoh bilangan khusus untuk pelampung
Lain-lain10.02.2017
Adakah istilah menyeberang boleh digunakan untuk menyeberang jalan Raya atau untuk sungai sahaja?Perkataan menyeberang menurut Kamus Dewan Ediri Keempat: pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; 

Perkataan menyeberang boleh digunakan untuk jalan raya mahupun sungai.

Terima kasih.
Istilah14.08.2017
ingin bertanya sama ada perkataan untuk "apom" atau "apong" lebih tepat.

Sdr,

Mengikut sumber kami, tiada perkataan atau istilah dalam bahasa Melayu "apom" atau "apong". Walau bagaimanapun, mengikut takrifan Kamus Dewan, kata apung ialah1. terkatung, tidak tenggelam di air; batu ~ batu yg tidak tenggelam (sangat ringan); 2. = apung-apung segala yg terkatung-katung di air (mis kayu, pelampung, dll); ~ buih timbul tenggelam; laksana ~ dipermainkan ombak prb peri kesusahan anak dagang yg miskin di rantau orang. Manakala kata apam ialah sejenis kuih yang dibuat daripada campuran tepung gandum, gula hangus, telur, soda kuih, dsb dan dikukus.

Istilah30.03.2009
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut:
1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk
2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal
3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung
Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. 
Istilah01.10.2012

Kembali ke atas