Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lampung
Kata Terbitan : melampung, pelampung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
setting the floatlaras pelampungPerikananTiadaKaedah menetapkan kedudukan pelampung bagi mengetahui kedalaman mata pancing yang sesuai. Kaedah ini dilakukan dengan menggunakan simpulan pada tali pancing di bahagian atas pelampung supaya pelampung tidak timbul melebihi had simpulan. Pada bahagian berhampiran mata kail, terdapat satu pemberat yang akan menenggelamkan mata kail tanpa menyentuh bahagian dasar air. Sekiranya jarak di antara kail dan pelampung sesuai, pelampung akan terapung menegak sebaik sahaja kail dan tali dilontarkan ke dalam air.
hair-rig floaterpelampung berangkaiPerikananTiadaPelampung yang berada di hujung tali utama, yang diikat pada mata kail bagi membolehkan mata kail terapung di permukaan air. Pelampung berangkai boleh terdiri daripada jenis umpan timbul dan tidak tenggelam.
onion floatpelampung bawangPerikananTiadaPelampung yang berbentuk seperti bawang untuk meningkatkan daya sentak mata kail.
stret peggingpancing berpelampung dasarPerikananTiadaKaedah memancing di kawasan air yang berarus dengan menggunakan pelampung yang dipasang pada tali pancing pada jarak 2 kali kedalaman air. Contohnya, jika kedalaman air 3 meter, panjang tali pancing hingga ke pelampung ialah 6 meter. Geguli yang berfungsi sebagai pemberat dipasang pada hujung tali perambut pada jarak 15 cm dari mata kail supaya kail terdampar di dasar sungai. Tali akan sentiasa tegang kerana adanya arus dan joran akan dienjut oleh pemancing bagi membolehkan mata kail bergerak perlahan-lahan ke hilir dan kemudian enjutan dihentikan pada lokasi yang dikehendaki.
overdepthkedalaman melampauPerikananTiadaJarak pelampung di permukaan air dengan mata kail yang melebihi kedalaman air.
handlinepancingPerikananTiadaAlat untuk menangkap ikan yang terdiri daripada seutas tali dengan panjang tertentu, pemberat, mata kail dan kadangkala terdapat kekili, umpan khas dan pelampung. Cara penggunaannya hanya dengan tangan dan tidak memerlukan sebarang alat mekanikal yang lain.
plumbing the depthlaras kedalamanPerikananTiadaKaedah menentukan kedalaman air dengan menggunakan pemberat. Kaedah ini diperlukan untuk memastikan pelampung timbul di permukaan air dan memastikan keadaan dasar laut, sama ada berlumpur, berbatu atau mempunyai rumpai laut. Maklumat tentang keadaan dasar laut membolehkan pemancing mengetahui keadaan perairan dan dapat memancing dengan mudah serta selamat. Kaedah ini juga bertujuan untuk menetapkan kedalaman mata kail yang perlu dipasang dari pelampung hingga ke hujung tali kail.

Kembali ke atas