Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum wr.wb. dan salam 1Malaysia, Tuan, Saya ada beberapa soalan. 1. Apakah maksud serta perbezaan kata berikut: -Pelan Strategi -Pelan Taktikal -Pelan Operasi -Pelan Tindakan 2. Apakah pula maksud serta perbezaan kata berikut: -Teknik -Cara-cara -Kaedah -Pendekatan 3. Apa pula perbezaan kata: -Rangkai kata -Sari kata -Kota kata 4. Apakah maksud 'keanekaragaman susuk ayat'? Mohon penjelasan dengan segera. Terima kasih. Wassalam Ahmad Nasrun Kudat Sabah 2.

1. Pelan strategi bermaksud rancangan yg teratur (yg memperhitungkan pelbagai faktor) utk mencapai matlamat atau kejayaan. Pelan taktikal berkaitan dgn taktik yg digunakan utk menjayakan sesuatu rancangan atau mencapai tujuan.  Pelan operasi berkait dengan perjalanan atau kegiatan yang dilaksanakan. Pelan tindakan ialah langkah-langkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan.

2. Teknik - 1. pengetahuan yg berkaitan dgn pembuatan barang-barang hasil industri (spt jentera, kenderaan, bangunan, dll): kita sekarang hidup dlm zaman ~ dan sains; 2. kaedah mencipta sesuatu hasil seni (muzik, karang-mengarang, dll): ~ melukis sedikit sahaja diajar di sekolah rendah. Cara-cara - 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan-aturan, contoh-contoh; 3. upacara.  Kaedah -  cara atau peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa); ~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu). Pendekatan - 1. perihal (perbuatan dsb) mendekati atau mendekatkan: ~ diri kpd Allah; 2. kaedah (cara, langkah-langkah, dsb) yg diambil bagi memulakan dan melaksanakan tugas (mengatasi masalah dll): dlm beberapa aspek, mereka terpaksa berbalik semula kpd ~ yg digunakan ketika mereka mula berusaha meningkatkan pembangunan dan kemajuan negara mereka.

3. Rangkai kata ialah kelompok beberapa kata. Sari kata ialah terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan. Kota kata (yang tepat ialah mengotakan) bermaksud menepati (melaksanakan) janji dll.

4. Keanekaragaman susuk ayat bermaksud bentuk atau susunan ayat yg beraneka ragam.

 

Istilah02.03.2010
Selamat pagi. Mohon bantuan ejaan "pelan atau plan" yang tepat untuk ayat berikut: 1) Sediakan satu pelan baharu sebagai jaminan (pelan atau plan) 2) Pelan takaful (Pelan atau plan) Terima kasih.Jawapan yang betul untuk kedua-dua soalan tersebut ialah pelan. Lain-lain22.11.2022
Bolehkah kata tanya digunakan dalam pertengahan ayat? Cth: Pelan grid, pelan jalan grid, atau pelan corak kekisi ialah sejenis rancangan bandar "di mana" jalan terletak pada sudut tegak antara satu sama lain, membentuk suatu grid. Kalau tidak boleh, apakah cadangan perkataan bagi memggantikannya?Kata tanya digunakan dalam ayat tanya. Ayat penyata tidak menggunakan kata tanya dan hendaklah digantikan dengan perkataan lain atau dipisahkan menjadi dua ayat yang berasingan. Pelan grid, pelan jalan grid, atau pelan corak kekisi ialah sejenis rancangan bandar. Dalam rancangan bandar ini jalan terletak pada sudut tegak antara satu sama lain, membentuk suatu grid. Tatabahasa01.11.2020
Apakah yang dimaksudkan dengan perenggu pelan, kerana ianya digunakan di dalam senarai semak syarat-syarat kelulusan pelan oleh pihak majlis, sedangkan bila saya mencari di peranti carian dbp, hanya ada perkataan peranggu. Perkataan manakah yang betul?Ejaan yang tepat ialah "peranggu". Peranggu pelan bermaksud set pelan yang setiap satunya melengkapkan pelan yang lain.Istilah16.05.2022
Pelan Strategik ICT ini, dirangka agar selari dengan Pelan Strategik ICT Negeri Kedah, agar perlaksanaannya kelak saling melengkapi. Betulkah susunan ayat di atas.Istilah ICT merupakan istilah bahasa Inggeris dan padanan istilah bagi bahasa Melayunya ialah TMK.
Susunan ayat yang betul adalah seperti yang berikut: Pelan Strategik TMK ini dirangka selari dengan Pelan Strategik TMK Negeri Kedah supaya pelaksanaannya kelak saling melengkapi.
Tatabahasa23.01.2018
1. Yang manakah frasa yang betul dan diterima pakai? 'Pelan Bertindak Panitia Bahasa Melayu ' atau 'Pelan Tindakan Paniia Bahasa Melayu' 2.Adakah frasa 'baru-baru ini' boleh ditukar menjadi 'baharu-baharu ini'?1. Frasa yang betul ialah Pelan Tindakan Panitia Bahasa Melayu

2. Frasa "baru-baru ini" tidak boleh ditukar menjadi "baharu-baharu ini".
Ejaan03.04.2012
perkataan yang sesuai peta/pelan ? peta laluan keluar kecemasan bangunan. / pelan laluan keluar kecemasan bangunan.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "peta" bermaksud 1. lukisan (gambar) pd kertas dll yg menun­jukkan kedudukan negeri, sungai, gunung, dll; 2. lukisan (gambar) yg menunjukkan keduduk­an bintang dll di langit; ~ angin peta yg menunjukkan arah peredaran angin; ~ antarabangsa peta dunia yg biasanya berskala 1:1 000 000; ~ bahasa peta yg meng­gambarkan daerah bahasa-bahasa tertentu di­gunakan; ~ bumi peta yg khusus menunjuk­kan tanah (gunung, sungai, dll); ~ kontur peta yg dilukiskan dgn garisan-garisan kontur; ~ kosong peta yg belum ditandai dgn nama tempat (letak sungai, gunung, dll); ~ lakar peta sesuatu kawasan dll yg dilukis dgn secara kasar dan mengandungi hal-hal yg penting sahaja; ~ laut peta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll); ~ timbul peta yg dibuat drpd tanah liat (plastisin) dgn gambaran bukit (gunung, sungai, dll) spt yg terdapat di muka bumi; ~ topo peta lengkap sesuatu tempat (yg menunjukkan bandar, jalan, dll); berpeta berupa peta: mendedahkan panau ~-peta di bahu dan di lengannya; memeta membuat peta; memetakan 1. membuat peta tentang se­suatu, menunjukkan kedudukan (keadaan dsb) sesuatu dlm bentuk peta: sebahagian besar daerah itu masih belum dipetakan; 2. meng­gambarkan, melukiskan: Nasib Seorang Muda karangan Cikgu Harun ~ bagaimana seorang kerani muda yg bergaji kecil hidup; pemetaan perihal membuat peta; pemeta orang yg membuat peta.

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pula, "pelan" bermaksud 1 rajah yg menggambarkan bentuk serta ukuran sesuatu bangunan, kawasan dsb. 2 rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan. ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): Beberapa kajian terkandung dlm ~ induk projek tsb. ~ lantai lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan. ~ tindakan rancangan yg diatur yg terdiri drpd langkah-langkah utk bertindak secara bijak.

Oleh itu, jawapan yang lebih sesuai ialah "pelan".
Istilah09.04.2013
Pelan bangunan yang disediakan oleh pihak kami masih belum mendapat kelulusan.

Ayat yang betul ialah Pelan bangunan yang kami sediakan masih belum mendapat kelulusan. Saudara dikehendaki menjelaskan soalan untuk tujuan perekodan kami.

Lain-lain20.11.2011
Pelan ini memastikan anda terus dilindungi untuk peristiwa-peristiwa yang tidak diingini. "untuk" peristiwa atau "daripada" peristiwa, yang mana betul?Pelan ini memastikan anda terus dilindungi daripada peristiwa yang tidak diingini.Tatabahasa01.08.2013
Mohon penjelasan bagi membezakan pengunaan istilah "pelan" dan "kerangka"Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud pelan ialah:
1. Tanah lapang, lapangan
2. Rajah yang menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan atau rancangan yang sudah diatur untuk dilaksanakan.  
3. Bahasa Percakapan bagi perlahan

Manakala maksud kerangka pula ialah:
1. Rangka-rangka untuk rumah, kapal dan lain-lain, tulang-tulang (binatang atau manusia) yang tersusun mengikut keadaan yang sebenarnya.
2. Garis kasar atau rangka untuk karangan, lukisan dan lain-lain.
3. rancangan atau garis kasar (karangan, lukisan, lain-lain)
4. ki masih dalam peringkat permulaan (belum sempurna)

Makna05.11.2019
123456

Kembali ke atas