Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lang.gan] | ڤلڠݢن

Definisi : 1. pembeli (surat khabar, majalah, dll) yg tetap: makin bertambah ramailah ~nya dan kedainya pun bertambah besar pula; 2. orang (syarikat) dsb yg membayar kpd seseorang spt peguam (pembina dsb) utk mendapatkan atau melakukan sesuatu bagi pihaknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lang.gan] | ڤلڠݢن

Definisi : 1 pembeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: ~ di kedainya makin bertambah. 2 orang, pihak, syarikat dll yg mendapat khidmat seseorang, sesebuah syarikat dsb dgn membayar kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
linked numbering schemeskim pernomboran terpautKejuruteraanTiadadiagihkan di antara pelanggan-pelanggan pada beberapa ibu sawat dalam kawasan tertentu.
murabahah financingpembiayaan murabahahEkonomiEkonomi IslamPembiayaan yang diberikan oleh bank kepada pelanggan berasaskan prinsip murabahah. Bank membeli barangan yang dikehendaki oleh pelanggan dan menjual kepada pelanggan dengan harga kos belian tambah margin. Kos belian dan margin harus diketahui oleh pelanggan. Pelanggan pula bersetuju membayar harga jualan secara ansuran.
account managementpengurusan pelangganKomunikasiKorporatSistem mengurus aktiviti khidmat perundingan yang diberikan kepada pelanggan. Sistem pengurusan ini wujud dalam agensi perhubungan awam dan pengiklanan. Bahagian pengurusan pelanggan bertanggungjawab untuk mengendalikan akaun yang mengandungi senarai aktiviti perhubungan awam atau pengiklanan yang telah dipersetujui oleh pelanggan. Pelanggan bertanggungjawab membayar setiap perkhidmatan yang diperoleh berdasarkan ketetapan yang terdapat dalam kontrak. Tempoh kontrak ditetapkan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh agensi, kontrak pada kebiasaannya akan diperbaharui. Contoh aktiviti khidmat perundingan yang dilakukan oleh agensi ialah pengurusan promosi dan publisiti, pengurusan jenama, pengurusan citra dan reputasi, pengurusan acara, dan pelobian. Strategi pengurusan pelanggan melibatkan pelbagai kaedah komunikasi yang sesuai dan mampu meninggalkan kesan yang menyeluruh. Sinonim pengurusan akaun.
house listsenarai milikanKomunikasiKorporatSenarai nama dan maklumat yang memudahkan urusan komunikasi yang berkaitan pelanggan, sama ada pelanggan tetap, bekas pelanggan, atau bakal pelanggan yang disimpan oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Fungsi senarai nama ini adalah untuk memudahkan usaha pemasaran dan meluaskan aktiviti pengukuhan citra organisasi atau syarikat, dan mengekalkan serta meluaskan jaringan. Walau bagaimanapun, senarai yang tersimpan terdiri daripada nama pelanggan terpilih yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk terus berurusan dengan sesuatu syarikat atau organisasi.
contactless deliverypenghantaran tanpa sentuhPentadbiran PerniagaanTiadaPerkhidmatan penghantaran makanan atau barangan melalui pesanan dalam talian tanpa pertemuan dan sentuhan antara pelanggan dan penghantar. Makanan atau barangan akan diletakkan di tempat yang selamat, seperti lobi atau hadapan pintu rumah pelanggan. Pelanggan akan diberitahu melalui panggilan telefon atau teks mesej sebagai bukti pengesahan penghantaran.
CPE (customer premises equipment)CPE (peralatan premis pelanggan)Teknologi MaklumatTiadaPeralatan yang terletak di premis pelanggan untuk membolehkan pelanggan menikmati kemudahan perkhidmatan. Peralatan ini dimiliki oleh pembekal perkhidmatan atau pelanggan sendiri. Contohnya kotak atas set, set telefon dan alat penerima ASTRO.
secure socket layer (SSL)lapisan soket selamat (SSL)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol keselamatan yang mem- benarkan komunikasi antara pelayan dengan aplikasi pelanggan seperti pelayar web. SSL bertindak sebagai antara muka antara aplikasi dengan protokol TCP/IP bagi menyediakan penyahihan pelayan dan pelanggan serta saluran komunikasi yang disulitkan antara pelayan dan pelanggan. Pelanggan dan pelayan bersetuju untuk menggunakan sekumpulan penyulitan untuk sesi penyulitan dan pencincangan. Contohnya, algoritma penyulitan yang digunakan ialah DES, SHA-J atau RC4 dengan kekunci 128 bit dan MD5. Sinonim keselamatan lapisan pengangkutan (TLS).
client contacthubungan pelangganKomunikasiTiadaHubungan baik yang terbentuk antara pelanggan dengan pengiklan supaya pelanggan mengekalkan hubungan niaga dengan syarikat pengiklan.
line of creditbaris kreditPentadbiranTiadaPerjanjian antara bank dengan pelanggan, iaitu pelanggan dibenarkan meminjam pada bila-bila masa bergantung kepada had tertentu.
peer-to-peer economyekonomi rakan setaraEkonomiTiadaPerniagaan antara pelanggan dengan pelanggan tanpa sebarang perantara. Mereka boleh membeli dan menjual produk dan perkhidmatan antara satu sama lain.
12345678910...

Kembali ke atas