Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
langgar
Kata Terbitan : berlanggar, melanggar, terlanggar, pelanggaran, pelanggar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Saya ingin bertanya tentang penghasilan manuskrip. 1.Apakah yang perlu ada dalam sesebuah manuskrip yang ingin dihantar dan bagaimanakah untuk mendapatkan lampiran yang pihak DBP kehendaki? 2. Jika karya dalam manuskrip yang ingin dihantar pernah disiarkan, adakah saya perlu sertakan kredit (di mana karya itu pernah disiarkan) dan adakah untuk menerbitkannya saya perlu mendapatkan kebenaran penerbit asal? 3. Jika perlu disertakan kredit, bagaimana pula dengan karya saya yang pernah tersiar dalam sisipan Tunas Cipta dalam Dewan Sastera? Adakah saya perlu menyertakan kredit Dewan Sastera atau Tunas Cipta? 4. Bagaimana pula dengan karya siber yang ingin dihantar sebagai manuskrip, adakah perlukan sumber? Diharap soalan-soalan ini dapat dijawab kerana saya sedikit jahil tentang penyediaan manuskrip. Wassalam.

Persoalan sdr. adalah tentang harta intelek dan penghasilan sesebuah karya. Dalam harta intelek, ada disebut idea dan pernyataan idea. Idea boleh diambil daripada mana-mana sumber, tetapi pernyataan idea seperti sesebuah karya orang lain, tidak boleh ditiru kerana dilindungi oleh undang-undang hak cipta.

 Sesebuah manuskrip adalah pernyataan idea, dan pernyataan idea ini mestilah lahir daripada pengarang itu sendiri, bukan dicedok daripada mana-mana karya orang lain.

Tentang karya sendiri yang pernah terbit, tidak perlulah dinyatakan sumbernya kerana itu karya sendiri, bukan karya orang lain.

Tentang kredit atau penghargaan kepada pengarang yang karyanya diambil, itu hanyalah setakat pemakluman, tetapi bukan remedi terhadap pelanggaran undang-undang hak cipta.

Karya yang pernah tersiar dalam Internet pasti ada penulisnya, dan penulis itulah tuan punya hak ciptanya. Karya sedemikian adala seperti karya-karya lain, dilindungi oleh undang-undang harta intelek.

Lain-lain08.11.2008
Salam sejahtera. Soalannya, mengapa DBP masih belum memperoleh kuasa pelaksana undang-undang bagi kes pelanggaran Bahasa Kebangsaan? Seterusnya, mengapa DBP tidak memperjuangkan Sebutan Baku bagi tujuan formal, sebaliknya sebutan SJR pula yang diperjuang. Adakah ini bukan juga kehendak sebenar DBP namun terpaksa akur dengan langkah Kerajaan pada era tahun 2000 dahulu? Terima kasih.

Terima kasih atas komitmen tuan dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Usaha memartabatkan bahasa Melayu merupakan tanggungjawab semua pihak. Peranan untuk menegur dan menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, bukan sahaja tanggungjawab Dewan Bahasa dan Pustaka, pejuang bahasa, guru, penulis atau karyawan, malah meliputi semua kelompok masyarakat. Oleh itu, tuan merupakan sebahagian kelompok masyarakat yang berperanan membantu DBP dalam menjayakan misi dan visinya.


Sebagai badan perancangan bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) hanya boleh memberikan nasihat dan bimbingan tentang penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan indah tetapi DBP belum lagi diberikan kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas sesiapa sahaja yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan dengan baik. Walau bagaimanapun, perancangan ke arah tersebut sedang diusahakan oleh DBP. 

Teruskanlah menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Lain-lain03.05.2023
1.PERLANGGARAN ATAU PELANGGARAN 2.APAKAH PERBEZAAN MENIDURKAN DAN MENIDURI 3.BAGAIMANAKAH PENGGUNAAN DISEBABKAN OLEH DAN OLEH KERANA

Puan Norfaharin,

Sekira puan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, puan akan mengetahui perbezaan perkataan pelanggaran, pelanggaran, menidurkan dan meniduri.  Bersama-sama ini disertakan pentakrifan kata-kata tersebut seperti yang berikut: 

  • perlanggaran

    perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang;
  • pelanggaran" title="pelanggaran">pelanggaran

    1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah.
  • meniduri

    1. tidur (berbaring) di: di atas bangku yg di kejauhan sana, nampak gadis ~ pangkuan pacarnya; 2. bersetubuh dgn, menyetubuhi;
  • menidurkan

    1. membuat supaya tidur, membaringkan supaya tidur: sesudah ~ anaknya barulah dapat ia bersenang-senang; 2. membaringkan, merebahkan: kemudian hendaklah ditidurkan pasu itu supaya batang pokok itu sekarang mengarah ke tepi; 3. ki menjadikan lalai (cuai, tidak bersemangat, dll), melalaikan: janganlah kita ~ kembali masyarakat kita yg sudah mulai sedar sekarang; 4. menyembuhkan (menghilangkan dll) dgn tidur: ~ pening kepala;
  • Penggunaan "oleh kerana" tidak tepat kerana kata 'oleh' merupakan kata sendi dan "kerana" juga merupakan kata sendi. Oleh itu, frasa yang betul ialah "oleh sebab" dan bukan 'oleh kerana'. Kata 'sebab' ialah kata nama.

    Tatabahasa18.03.2009
    Apakah perbezaan perkataan-perkataan tersebut? Boleh berikan contoh ayat dan keterangan.Terima kasih. 1. a)berlanggar b)melanggar c)perlanggaran d)pelanggaran 2. a)binaan b) pembinaan 3. a)pertambahan b)penambahan 4. a)kedamaian b)pendamaian 5. a)budaya b)kebudayaanBerlanggar bermaksud berlaga, beradu, berantuk dan sebagainya; melanggar bermaksud merempuh, menyerang, menyerbu dan menyalahi undang-undang; perlanggaran bermaksud perihal berlanggar dan pelanggaran bermaksud perihal melanggar. Untuk mendapatkan keterangan dan contoh ayat, termasuklah untuk perkataan-perkataan yang lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan yang hendak dicari pada ruangan CARI dan saudara akan memperoleh data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan sebagainya. Data daripada kamus dapat membantu saudara mendapatkan keterangan perkataan dan contoh ayat yang digunakan.Tatabahasa05.04.2011
    apakah perbedaan ayat 'pelanggaran' & 'perlanggaran' dan seumpamanya...terima kasihPerlanggaran bermaksud perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang; Manakala pelanggaran ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Kedua-duanya boleh digunakan bergantung kepada konteks dan situasi ayat. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Empat atau layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Lain-lain11.10.2010
    A,kum, saya nak tanya perkataan 'perlanggaran ' dgn pelanggaran ada beza? Boleh tuan berikan contoh.r.kasih.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perlanggaran ialah perihal (kejadian dsb) berlanggar (antara kenderaan, kenderaan dgn orang, dll): kereta itu terlibat dlm ~ dgn sebuah lori di batu empat jalan Kuantan-Gambang. Pelanggaran pula ialah 1. perihal melanggar (menyerang, menyerbu, dsb): ~ orang kafir terhadap orang Islam itu telah dapat dipatahkan; 2. perihal menentang perbuatan dsb atau tidak mematuhi (undang-undang, peraturan, adat, dll): ~ disiplin berlaku kerana murid-murid tidak menghormati peraturan sekolah; Makna15.08.2010

    Kembali ke atas