Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1. cahaya yg melengkung dan ber­macam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu, pelanga, pela­ngih, pelangis, pelayas, Aporosa microcalcyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1 cahaya yg berwarna-warni dan kelihatan melengkung di udara; ular danu. 2 warna yg bermacam-macam: kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelangi (kata nama)
Bersinonim dengan bianglala, ular danu, benang raja.,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah peribahasa "akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi" boleh digunapakai dan wujud dalam pustaka. Terim kasih.Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa  “akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi". Frasa yang diberikan boleh digunakan bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunannya dalam ayat.Tatabahasa30.05.2021
Adakah peribahasa "akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi" yang bermaksud suatu keindahan dalam kehidupan yang datang selepas menempuh cabaran atau dugaan boleh digunapakai dan wujud dalam pustaka. Terima kasih.

Dalam sumber rujukan kami tidak ada peribahasa  “akan datang pelangi selepas hujan" atau "selepas hujan munculnya pelangi". Frasa yang puan berikan boleh digunakan bergantung pada kesesuaian konteks dan penggunannya dalam ayat.

Lain-lain30.05.2021
Bolehkah ayat “She owns a rainbow coloured bag” diterjemahkan pada “Dia mempunyai sebuah beg berwarna pelangi” ?Terjemahan ayat yang lebih sesuai ialah Dia memiliki sebuah beg berwarna pelangi.Penyemakan dan penterjemahan22.04.2021
Apakah penjodoh bilangan bagi perkataan-perkataan berikut : 1- Pelangi 2- Batas (selalunya digunakan untuk menanam ubi dan sebagainya) 3 - Hamper (Bakul yang berisi barangan untuk dijadikan hadiah) Sekian, terima kasih.

Pelangi,” "batas" dan "hamper" tidak mempunyai penjodoh bilangan. Kata "batas" dan "hamper"  ini  boleh diawali dengan kata bilangan untuk menunjukkan jumlah contohnya; satu, dua, beratus-ratus dan berpuluh-puluh atau kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu contohnya semua, beberapa, seluruh, banyak dan sebagainya.  

 

Tatabahasa27.05.2020
Apakah maksud perkataan “zuss” yang ada dalam komik bahasa Melayu , iaitu sebuah buku penerbitan Pelangi yang bernama “RAJA EKSPERIMEN 24 HUKUM KEABADIAN TENAGA “ , muka surat 171. Terima kasih.Maaf. Tiada kata zuss dalam pangkalan data kamus dan istilah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi editor atau penulis buku tersebut.
Makna26.09.2023
salam dan salam sejahtera. saya ingin mengetahui definisi perkataan 'laskar'. Saya menonton filem dan mendengar lagu 'laskar pelangi' tetapi tidak tahu apa definisinya. Begitu juga laskar cinta. Adakah perkataan laskar ini digunakan hanya di Indonesia. Terima kasih.

Saudara,

Perkataan 'laskar'(bahasa Indonesia)/lasykar(bahasa Melayu) bermaksud askar. Dalam konteks filem yang saudara tontoni kemungkinan perkataan ini digunakan secara kiasan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan Kamus Besar Bahasa Indonesia. 

Makna21.12.2009
Selamat sejahtera tuan/puan. Soalan saya, apakah perbezaan penggunaan kata bantu tengah dan sedang? Menurut 1 buku rujukan tatabahasa BM terbitan pelangi, ayat "Peragawati itu tengah menggayakan pakaian ciptaan pereka fesyen tersohor" adalah salah. Walhal tengah dan sedang adalah sama maksud. Mohon pencerahan daripada pihak tuan/puan.

Menurut Kamus Dewan Perdana, perkataan “tengah” dan “sedang” membawa maksud yang sama, iaitu digunakan untuk menunjukkan masih atau ketika melakukan sesuatu. Walau bagaimanapun, “tengah” merupakan bahasa basahan yang lazimnya digunakan dalam bahasa percakapan. Sehubungan dengan itu, penggunaan perkataan yang betul dalam konteks rasmi ialah “sedang”.

Tatabahasa17.12.2021
Tuan, "dari badannya" atau "daripada badannya" betul? Ayat penuh: Kepala perempuan itu tertanggal dari badannya sebelum jatuh bergolek ke lantai. Minta sertakan penjelasan selain jawapan. (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 17, terbitan Syarikat Pelangi)Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang letaknya di hadapan frasa nama. kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa. Sementara kata sendi nama 'daripada' hanya digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.

Contohnya: Tiba-tiba terpacul pertanyaan itu daripada mulut Adi tanpa disedarinya, Dia mahu mendengar sendiri daripada mulut Tina dan Madihah, Madihah! Panggilan daripada mama yang benar-benar membingitkan telinga Adi.


Frasa yang betul ialah ...daripada badan.
Tatabahasa20.03.2015
Tuan, frasa yang manakah betul, "suara dari peti televisyen itu" atau "suara daripada peti televisyen itu"? "Televisyen" merupakan punca suara, jadi digunakankah kata sendi nama "daripada"? Atau "televisyen" ialah punca tempat suara, jadi kata sendi nama "dari" digunakan? (Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 11, terbitan Syarikat Pelangi)Ayat yang betul, Suara daripada peti televisyen itu.Tatabahasa20.03.2015
Tuan, dua ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Wit cuba mengagak peristiwa itu. 2. Wit mencuba mengagak peristiwa itu. Saya merasakan bahawa "mencuba" lebih sesuai, kerana "mencuba" bermaksud berusaha untuk mencapai maksud. Jadi, "mencuba mengagak peristiwa itu" bermaksud "berusaha untuk meneka peristiwa itu". Adakah pendirian saya betul? (Sumber: Novel Hantu Gadis Opera, lembaran 19, terbitan Syarikat Pelangi)Kata mencuba lebih sesuai dalam konteks ayat tersebut. Mengambil ayat daripada sumber karya kreatif sebagai contoh untuk memahamkan aspek tatabahasa, perlu dielak kerana sebahagian karya kreatif tidak mematuhi seratus peratus peraturan tatabahasa.Tatabahasa20.03.2015
12

Kembali ke atas