Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1. cahaya yg melengkung dan ber­macam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu, pelanga, pela­ngih, pelangis, pelayas, Aporosa microcalcyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1 cahaya yg berwarna-warni dan kelihatan melengkung di udara; ular danu. 2 warna yg bermacam-macam: kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelangi (kata nama)
Bersinonim dengan bianglala, ular danu, benang raja.,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Nama rasmi Buku Merah ialah Interpretasi Rangkaian Terpercaya (Trusted Network Interpretation). Buku Merah disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna merah dan merupakan sebahagian daripada siri buku Pelangi terbitan NCSC. Buku Merah dibangunkan pada tahun 1980 oleh Philips dan Sony. Buku Oren (Ig. Orange Book; Br. Buku Oren; Id. Buku Oranye) Dokumen rasmi untuk set penetapan paras keselamatan komunikasi seperti rangkaian sistem komputer. Nama rasmi Buku Oren ialah Kriteria Penilaian Sistem Komputer Terpercaya (TCSEC). Buku Oren disebut sedemikian kerana kulitnya berwarna oren dan merupakan sebahagian daripada siri buku Pelangi terbitan NCSC. Dokumen ini digubal pada penghujung tahun 1970-an oleh Pusat Keselamatan Sistem Komputer Kebangsaan (NCSC) dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Buku Putih (Ig. White Book; Br. Buku Putih

Kembali ke atas