Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1. cahaya yg melengkung dan ber­macam-macam warnanya di langit, benang raja, bianglala, ular danu; 2. ki warna yg bermacam-macam; 3. = kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warna­nya: setelah santap lalu memakai pula tengkolok kampuh ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : ; pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek), beberas merah, jejamu, pelanga, pela­ngih, pelangis, pelayas, Aporosa microcalcyx. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.ngi] | ڤلاڠي

Definisi : 1 cahaya yg berwarna-warni dan kelihatan melengkung di udara; ular danu. 2 warna yg bermacam-macam: kain (selendang) ~ kain (selendang) yg bermacam-macam warnanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelangi (kata nama)
Bersinonim dengan bianglala, ular danu, benang raja.,

Puisi
 

Kain tudung kain pelangi,
     Kain dibeli di kedai Cina;
Sungguh merdu adik menyanyi,
     Abang teringat tidur tak lena.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secondary rainbowpelangi sekunderFizikOptikPelangi pudar yang jejari sudutannya kira-kira 50o wujud pada bahagian luar pelangi primer yang jejarinya kira-kira 43o. Tertib warna pelangi tersebut berlawanan dengan tertib warna pelangi primer. bd. pelangi primer.
primary rainbowpelangi primerFizikOptikPelangi yang wujud sebagai arka dan jejari sudut yang bukaannya kira-kira 42o terhadap pengamat pada titik anti matahari. Pelangi ini terbentuk kerana cahayanya mengalami sekali sahaja pantulan dalam penuh dan bersifat lebih cerah, sempit dan terkedalam daripada pelangi sekunder. bd. pelangi sekunder.
secondary rainbowpelangi sekunderGeologiTiadaPelangi pudar yang jejari sudutnya kira-kira 50o wujud pada bahagian luar pelangi primer yang jejarinya kira-kira 42o.
moonbowpelangi bulanGeologiTiadaPelangi yang terbentuk oleh cahaya dari bulan.
lunar rainbowpelangi bulanGeologiTiadaPelangi yang terbentuk oleh cahaya dari bulan.
moon bowpelangi bulanMatematikTiadaPelangi yang terbentuk daripada cahaya bulan.
reflection rainbowpelangi pantulanFizikOptikPelangi yang terbentuk oleh sinar cahaya yang terpantul dari permukaan air yang luas seperti lautan.
fog bowpelangi kabutGeografiTiadaSebuah arka cahaya sangat terang dan tak berwarna seperti suatu pelangi yang dilihat dalam kabut.
rainbowpelangiFizikTiadaTiada
rainbowpelangiGeografiTiadaFenomena optik di dalam bentuk arka kilauan mengandungi warna spektrum merah di bahagian luar dan ungu di bahagian dalam.
12345

Kembali ke atas