Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lan.ta/] | ڤلنتق

Definisi : besi penghentak peluru senapang (meriam dll), tukul, antan pelocok (bomba dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lan.ta/] | ڤلنتق

Definisi : besi penghentak peluru (pd senapang, meriam dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelantak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
rampelantakKejuruteraanPetroleumUnsur penutupan dan pengedapan yang terdapat pada pencegah semburan keluar bagi menutup dan mengedap tekanan yang terjadi di dalam lubang semasa operasi pencegahan semburan keluar dilakukan. Umumnya, terdapat tiga jenis pelantak, iaitu pelantak buta, pelantak ricih dan pelantak paip. Penggunaan salah satu jenis pelantak bergantung pada keadaan yang dihadapi.
ram blowout preventerpencegah semburan keluar pelantakKejuruteraanPetroleumSinonim : pencegah pelantak Pencegah semburan keluar yang menggunakan pelantak untuk mengedap tekanan yang terjadi di lubang telaga semasa dilakukan operasi mencegah semburan keluar. Penggunaannya boleh dilakukan tanpa mengira sama ada terdapat paip di dalam lubang telaga berkenaan atau tidak.
pipe rampelantak paipKejuruteraanPetroleumSejenis pelantak yang merupakan komponen pengedapan yang terdapat pada pencegah semburan keluar. Digunakan apabila terdapatnya paip gerudi di dalam lubang dan semasa a operasi pencegahan semburan keluar dilakukan. Pelantak ini akan menutup dan mengedap ruangan anulus di antara paip gerudi dengan pencegah sem keluar atau dengan kepala telaga. Dengan demikian, tekanan yang terjadi di ruangan anulus berkenaan tidak akan tembus keluar ke permukaan.
blind rampelantak butaKejuruteraanPetroleumSinonim : pelantak kosong Bahagian penting pencegah semburan keluar yang bertindak atau berfungsi sebagai unsur penutupan dan pengedapan. Bahagian ini akan mengedap antara satu sama lain yang akan menutup rapat-rapat ruangan lubang gerudi yang berada di bawahnya. Dalam penggunaannya, talian paip gerudi mesti tidak berada di dalam lubang gerudi terutama di bahagian tempat pencegah semburan keluar dipasang.
blank rampelantak kosongKejuruteraanPetroleumLihat pelantak buta.
shear rampelantak ricihKejuruteraanPetroleumSejenis pelantak yang terdapat pada pencegah semburan keluar yang boleh memotong atau mericih paip gerudi semasa melakukan tindakan penutupan atau pengedapan tekanan dalam operasi pencegahan semburan keluar. Digunakan apabila terdapat paip gerudi di dalam lubang seketika ada kemungkinan terjadinya semburan keluar yang melibatkan tekanan yang terlalu tinggi atau laut dalam keadaan gelora tinggi.
rambebiri jantan dewasa; pelantakKejuruteraanTiada1. Pelantak: Pelocok, pemberat atau struktur terpandu yang lain, untuk mengenakan tekanan atau untuk menarik sesuatu melalui hentaman.,2. Gerakan ke hadapan cedok udara atau salur masuk udara melalui udara.
ram preventerpencegah pelantakKejuruteraanPetroleumLihat pencegah semburan keluar pelantak.
ram preventerpencegah pelantakKejuruteraanTiadaPencegah sembur liar yang menggunakan pelantak bagi menutup lubang telaga.
ram blowout preventerpencegah pelantakKejuruteraanTiadaPencegah sembur liar yang menggunakan pelantak bagi menutup lubang telaga.
12345

Kembali ke atas