Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.rian] | ڤلارين

Definisi : 1. perihal berlari dgn cepat: mata­nya liar memerhatikan sekeliling spt mata pencuri dlm ~; 2. = orang ~ orang yg melari­kan diri, pengungsi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.rian] | ڤلارين

Definisi : 1 hal (perbuatan dsb) lari atau melarikan. 2 = orang ~ orang yg melarikan diri dr sesebuah kawasan, negeri dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lari
Kata Terbitan : berlari, selari, menyelarikan, keselarian, melarikan diri, larian, pelarian, pelari,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extraditionpenyerahan balikSains PolitikHubungan AntarabangsaPenghantaran pulang individu atau pelarian ke negara asalnya berasaskan perjanjian ekstradisi yang dibuat antara negara. Secara umumnya, perjanjian tersebut telah menetapkan bahawa sesebuah negara tiada kewajipan mengembalikan pelarian politik. Pelarian politik boleh diberikan hak suaka politik atas prinsip perikemanusiaan. Hal ini selari dengan fasal 14 dalam Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
refugeperlindunganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTempat yang selamat daripada bahaya atau kekacauan. Undang-undang pelarian adalah satu cabang undangundang antarabangsa yang memperkatakan tentang hak dan perlindungan pelarian. Undang-undang pelarian juga berkait dengan undang-undang hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East (UNRWA))Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia BaratSains PolitikHubungan AntarabangsaPertubuhan di bawah PBB yang beribu pejabat di Amman, Jordan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1949 menggantikan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin sebagai pertubuhan utama PBB dalam hal ehwal pelarian Palestin. Pada tahun 1999, lebih kurang 3.6 juta orang yang menjadi pelarian akibat beberapa peperangan yang berlaku antara negara Arab dengan Israel, telah berdaftar dengan UNRWA. Daripada jumlah ini, 1.1 juta orang ditempatkan di kem pelarian UNRWA. Walaupun pada asalnya pertubuhan ini hanya memainkan peranan dalam urusan penghantaran balik pelarian ke negara asal mereka, ganti rugi dan penempatan semula, pertubuhan ini kemudiannya terpaksa memikul tanggungjawab menyediakan rumah, makanan dan pendidikan bagi pelarian ini di Lubnan, Syria, Jordan, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Pertubuhan ini juga menghadapi pelbagai masalah berkaitan persaingan kepentingan antara Israel, negara- negara Arab dan pergerakan Palestin. Sinonim UNRWA.
refugee;pelarianSains PolitikHubungan AntarabangsaKonvensyen PBB pada tahun 1951 mendefinisikan pelarian sebagai seseorang yang berada di luar negaranya, dan takut dihukum kerana berkaitan dengan kaum, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesebuah pertubuhan sosial atau fahaman politik. Akibat takut dihukum, individu tersebut enggan mendapatkan perlindungan daripada negaranya sendiri dan tidak mahu kembali ke negara asalnya.
refugeepelarianUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSeseorang yang berada di luar negara asalnya kerana mempunyai perasaan takut yang berasas akan dianiayai atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, keahlian dalam sesuatu kumpulan sosial atau pandangan politik. Disebabkan perasaan takut tersebut, pelarian tidak sanggup mendapatkan perlindungan dari negara tersebut. Tafsiran ini berdasarkan konvensyen berkaitan dengan Status Pelarian 1951.
climate change refugeepelarian perubahan iklimAlam SekitarTiadaIndividu atau komuniti yang terpaksa berpindah meninggalkan rumah mereka secara tiba-tiba, disebabkan oleh pelbagai faktor persekitaran yang dicetuskan oleh perubahan iklim. Sinonim pelarian iklim.
asylumsuakaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerlindungan yang diberikan kepada pelarian politik oleh sesebuah negara atau kedutaan sesebuah negara yang mempunyai kekebalan daripada bidang kuasa negara tuan rumah. Pelarian politik itu akan dilindungi daripada ditangkap atau diekstradisi oleh negara yang ingin menguatkuasakan bidang kuasanya. Suaka bukanlah hak yang mesti diberikan kepada pemohon suaka. Ia adalah hak negara pemberi suaka yang biasanya menggunakan hak tersebut bagi melindungi individu yang menghadapi tuduhan jenayah yang berbau politik. Suaka politik merangkumi suaka diplomatik (yang dipohon di bangunan kedutaan) dan suaka wilayah (yang dipohon di sempadan).
refugeepelarianGeografiTiadaTiada
refugeepelarianKependudukanTiadaTiada
refugeepelarianPentadbiranTiadaTiada
12345

Kembali ke atas