Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.tih] | ڤلاتيه

Definisi : 1. orang yg melatih (mendidik, mengajar) supaya mahir; ~ bola sepak; 2. orang yg sedang menerima latihan; doktor ~ doktor yg masih menjalani latihan praktikal (di hospital). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.tih] | ڤلاتيه

Definisi : 1 orang yg melatih (mengajar, mendidik): ~ bola keranjang. 2 orang yg dilatih atau yg sedang menerima latihan: jururawat ~ jururawat yg sedang berlatih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelatih


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Adakah perkataan "pelatih magang" sesuai digunakan bagi menggantikan perkataan "pelatih internship"? Sekiranya tidak, mohon saranan DBP bagi penggunaan tepat untuk "pelatih internship" yang ditempatkan di jabatan kerajaan. Terima kasih DBP.Dalam data rujukan kami, belum ada lagi padanan bahasa Melayu bagi perkataan pelatih internship. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan beberapa padanan bahasa Melayu bagi istilah tersebut yang mungkin bersesuaian dengan konteks dan konsep penggunaan tuan, antaranya  ialah pelatih amali, pelatih dalaman atau pelatih praktikal. Di Dewan Bahasa dan Pustaka sendiri, kami menggunakan Pelatih Latihan Industri bagi pelajar IPT yang menjalani latihan praktikal di sini. Lain-lain11.10.2023
sebagai seorang pelajar di Institut Perguruan, apakah saya digelar sebagai guru pelatih atau pelatih guru? terima kasih

Guru pelatih.

Tatabahasa08.02.2009
Apakah perbezaan antara 'pelatih' dengan 'jurulatih'?Pelatih bermaksud orang yang melatih, manakalah jurulatih bermaksud  orang yang melatih orang lain supaya mahir. Berdasarkan makna yang tersebut, pelatih dan jurulatih membawa maksud yang hampir sama, namun jurulatih khusus untuk melatih orang lain supaya mahir.Makna22.08.2015
Penggunaan ayat 'Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri dari/daripada Universiti Utara Malaysia? Terima kasih.Pengerusi mengalu-alukan kehadiran pelatih industri daripada Universiti Utara Malaysia.Tatabahasa16.08.2012
Salam. Pekerjaan yang paling sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Pekerjaan yang amat sukar itu tidak terbuat oleh para pelatih. Betulkah penggunaan kata penguat paling dan amat pada ayat di atas. Tolong nyatakan mengapa salah. Sekian Terima kasih.Kedua-dua kata penguat yang digunakan dalam ayat betul.Tatabahasa11.05.2013
Saya ingin tahu "di bawah" boleh digunakan dalam tajuk seperti berikut: Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Penyelia Terima kasih.Kami mencadangkan ayat tersebut diubah menjadi "Kualiti Guru Pelatih yang Dibimbing di Bawah Seliaan...", frasa di bawah boleh digunakan dalam konteks tempat yang abstrak.Tatabahasa13.11.2014
[Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan keempat-empat boleh digunakan.] - oleh sebab perkataan "kedua-dua" telah melalui proses penggandaan separa dan diterima bentuknya sebagai "kededua", adakah ini bermaksud kita boleh aplikasi formula yang sama ke atas perkataan-perkataan seperti "ketiga-tiga" menjadi "ketetiga" dan "keempat-empat" menjadi "ke-e-empat" dan seterusnya? Terima kasih.Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak. Contoh penggandaan penuh ialah meja-meja, rumah-rumah, pelatih-pelatih, amalan-amalan dan persatuan-persatuan. Manakala penggandaan separa ialah lelaki, pepohon, tetikus, sesiku, berkata-kata, sepandai-pandai, sayur-sayuran, risik-risikan, jadi-jadian, dan kebarat-baratan. Penggandaan berentak pula ialah kuih-muih, gotong-royong, batu-batan, dolak-dalik, gelap-gelita, anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.  Merujuk kepada pertanyaan mengenai 'kededua' dan 'ketetiga', tiada dalam rujukan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 76 - 79.Tatabahasa11.08.2010
Assalamualaikum. Saya guru pelatih subjek bahasa Melayu sedang membuat tugasan mengenai puisi . Saya ingin bertanya adakah puisi dan sajak itu sama?apakah ciri-cirinya, bentuk,jenis-jenis sajak dan nada yang ada pada sajak @ puisi.Dan bagaiman sejarah sajak dan perkembangan sajak pada tahun 50-an serta 60-an?Saya amat mengharapkan pertolongan anda kerana sumber yang saya perolehi agak keliru dan tidak mencukupi untuk saya menyiapkan tugasan ini. Pertolongan anda amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.Salam. DBP telah menerbitkan buku yang berjudul "Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Puisi" (2005) oleh Sahlan Mohd. Saman. Semua soalan yang saudari inginkan terdapat dalam buku tersebut. Bahasa Jiwa Bangsa.Lain-lain18.03.2009
Saya ingin bertanya terjemahan istilah Training of Trainer dalam bahasa Melayu.Terjemahan Training of Trainer ialah Latihan kepada Pelatih/JurulatihPenyemakan dan penterjemahan13.08.2014
Tuan, Laman web Gerbang Kata Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia (http://ekamus.dbp.gov.my - Cari) tidak berfungsi. Pengadu : Kang Chuen Tat - Pelatih Sukarelawan Pendidikan Kejuruteraan Komuniti.Gerbang Kata sedang mengalami masalah teknikal dan akan segera dibaik pulih. Maaf atas segala kesulitan.Lain-lain16.12.2023
123

Kembali ke atas