Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.ti.han] | ڤلاتيهن

Definisi : perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) melatih: ~ para belia dlm bidang teknikal perlu difikirkan secara serius; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelatihan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
as salam. maaf saya ingin meminta email DBP cawangan kelantan. saya ingin mendapatkan maklumat dan prosedur jika saya ingin membuat latihan industri atau praktikal di DBP. terima kasih.

Sekiranya puan memilih untuk menjalani Latihan Industri di DBP, permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur dan disertakan dengan surat pengesahan daripada IPTA.

Puan boleh nyatakan lokasi untuk menjalani latihan industri, misalnya di DBP Wilayah Timur (Kelantan). Namun begitu, penempatan pelatihan industri di pejabat cawangan/wilayah adalah bergantung kepada kesesuaian bidang pengajian dan keperluan di pejabat berkenaan. Penentuan akan dibuat oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain20.09.2013
adakah pelajar IPTA boleh memilih tempat untuk melakukan Latihan Industri,misalnya di Kelantan?

Salam sejahtera,

 

Sekiranya tuan memilih untuk menjalani Latihan Industri di DBP, permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur dan disertakan dengan surat pengesahan daripada IPTA.

Tuan boleh nyatakan lokasi untuk menjalani latihan industri, misalnya di DBP Wilayah Timur (Kelantan). Namun begitu, penempatan pelatihan industri di pejabat cawangan/wilayah adalah bergantung kepada kesesuaian bidang pengajian dan keperluan di pejabat berkenaan. Penentuan akan dibuat oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur.

Lain-lain18.02.2009

Kembali ke atas