Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.laut] | ڤلاءوت

Definisi : orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.laut] | ڤلاءوت

Definisi : orang yg selalu belayar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelaut


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pelautorang yg selalu belayar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pelautorang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar;Kamus Dewan Edisi Keempat
pelautorang yg selalu belayar.Kamus Pelajar
nautikaberkaitan dgn pelaut, perkapalan atau pelayaran: batu ~; almanak ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
Bugissuku bangsa yg berasal dr Sulawesi Selatan, Indonesia, yg terkenal sbg pelaut.Kamus Dewan Edisi Keempat
jejak1 bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan: Harimau itu tidak dpt ditangkap, hanya ~nya saja yg kelihatan. 2 hampir sampai atau hampir mengenai tanah (dasar dll): ~ bara hampir sampai ke dasar atau ke tanah (bkn barang yg digantung). 3 ki tingkah laku; tabiat; perangai: Anak itu mengikut ~ orang tuanya, menjadi pelaut. berjejak 1 meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2 menginjak (di); bertumpu: Kakinya tidak ~ di bumi. menjejak 1 mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak: Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2 sampai di; mengunjungi: Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3 menyelidik; menyiasat: Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. menjejakkan menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jejak1. bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan: Harimau itu tidak dpt ditangkap, hanya ~nya saja yg kelihatan. 2. hampir sampai atau hampir mengenai tanah (dasar dll): ~ bara hampir sampai ke dasar atau ke tanah (bkn barang yg digantung). 3. ki tingkah laku; tabiat; perangai: Anak itu mengikut ~ orang tuanya, menjadi pelaut. berjejak 1. meninggalkan bekas kaki; berkesan: Berjalan di atas pasir mesti ~. 2. menginjak (di); bertumpu:Kakinya tidak ~ di bumi. menjejak 1. mengenai atau mencecah (bumi, dasar dll); menginjak:Sauh yg dilemparkan itu ~ dasar laut. 2. sampai di; mengunjungi:Ini ialah kali pertama saya ~ tanah Semenanjung. 3. menyelidik; menyiasat:Pihak polis sedang berusaha ~ pencuri-pencuri itu. menjejakkan menginjakkan (kaki); melangkahkan: Orang Amerikalah yg pertama sekali ~ kaki di bulan.Kamus Pelajar
laut1 kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2 kumpulan sesuatu benda yg banyak: ~ madu. 3 bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1 luas spt laut: sawah padi yg ~ luasnya. 2 belayar di laut. 3 pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut: iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laut1. kumpulan air masin yg menggenangi sebahagian besar muka bumi: ~ Sulu; ~ Merah. 2. kumpulan sesuatu benda yg sangat banyak: ~ madu. 3. bahagian sungai (tasik) yg jauh ke tengah. melaut 1. luas spt laut:sawah padi yg ~ luasnya. 2. belayar di laut. 3. pergi jauh ke tengah (sungai, tasik dsb): Tak sungguh seluang ~, akhirnya balik ke tepi juga. memperlaut melayarkan kapal (perahu); mengirim barang dgn kapal laut. lautan 1. laut yg besar: ~ Pasifik. 2. kumpulan sesuatu yg banyak: ~ api. kelautan hal atau perkara yg berkaitan dgn laut:iklim ~. pelaut orang yg selalu belayar.Kamus Pelajar
laut I1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, meng­hebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas