Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wa] | ڤلاوا

Definisi : ; mempelawa mengajak, mempersila­kan: ia ~ aku minum air teh yg sedang tersaji itu; pelawaan perbuatan mempelawa, ajakan, undangan: ia menerima ~ utk tinggal bersama-sama mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wa] | ڤلاوا

Definisi : penggalang, perintang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wa] | ڤلاوا

Definisi : ; mempelawa meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya. pelawaan permintaan supaya ikut bersama atau datang; ajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelawa
Kata Terbitan : mempelawa, pelawaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya tentang perkataan MEMPELAWA. Kenapa huruf 'p' pada awal perkataan pelawa tidak digugurkan apabia bertemu awaln meN.. sedangkan pe dalam pelawa bukanlah imbuhanTerdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kekecualian, termasuklah perkataan mempelawa.  Contoh lain pelopor (mempelopori), percaya (mempercayai), punya (mempunyai) dan peduli (mempedulikan).Tatabahasa08.07.2010
Salam... Bagaimana jika saya ingin mencari perkataan yang sama maksud, sebagai contoh perkatan pelawa, apakah perkataan yang sama maksud dengannya? dan bagaimana jika saya ingin tahu perkataan-perkataan baru seperti perkataan ini: kontemporari.Terima kasihSaudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui makna perkataan-perkataan tersebut ataupun melalui laman web DBP.Lain-lain17.06.2009
“(Nah, Cis) ambil balik duit baki daripada membeli jajan tadi!” kata Fiza kepada abangnya. Adakah betul penggunaan kata seru nah di dalam ayat? Adakah ayat yang dibina betul? Mohon penjelasan.Terima kasih.Untuk makluman puan, Nah sekiranya digunakan dalam ayat ini membawa maksud kata utk mem­pelawa seseorang menerima sesuatu, ambillah, terimalah. Manakala, Cis pula ialah kata seru yang membawa maksud untuk menyatakan perasaan marah (mencemuh, benci, dll).

Puan boleh menggunakan kedua-dua perkataan ini, bergantung kepada maksud yang ingin disampaikan.



Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Pertanyaan : Penggunaan bahasa seperti dijemput dan dipelawa ada perbezaankah maksudnya? cth: untuk surat rasmi kerajaan: Sehubungan dengan itu, tuan/npuan adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan atau pun Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan. Yang manakah sesuai untuk digunapakai dalam surat rasmi? terima kasihMaksud:
1. Jemput: menyambut, mengalu-alu (kedatangan seseorang)
2. Pelawa: mengajak, mempersilakan, ajakan undangan
Oleh itu, jawapan yang tepat ialah "Sehubungan dengan itu tuan/puan adalah dipelawa untuk mengemukakan pencalonan.
Istilah19.06.2014

Kembali ke atas