Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.wa.an] | ڤلاواءن

Definisi : perbuatan mempelawa, ajakan, undangan: ia menerima ~ utk tinggal bersama-sama mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.wa.an] | ڤلاواءن

Definisi : permintaan supaya ikut bersama atau datang; ajakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelawa
Kata Terbitan : mempelawa, pelawaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Penggunaan perkataan yang manakah yang betul bagi kata dasar aktiviti berkaitan sukarelawan? Kesukarelawanan atau kesukarelaan? Contoh ayat adalah "Surat Pelawaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan/Kesukarelaan bagi Program..." Terima kasih atas pencerahan.Cadangan penggunaan yang betul ialah Surat Pelawaan Menyertai Aktiviti Kesukarelawanan Program xxxx. Tatabahasa10.09.2019
Pilih ayat yang betul i) Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. ii)Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk tingkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat menandingi bola sepak. Tolong beri penjelasan setiap ayat.

Sdr. Thian,

Ayat yang betul ialah 1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. iii)Mereka bekerja untuk meningkatkan pendapatan keluarga. iv)Padang itu menjadi tempat pertandingan  bola sepak. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan penjelasan dalam penggunaan imbuhan.

 

Tatabahasa27.09.2010
Salam...tuan..saya ingin bertanya. 1. Bas yang kerosakan itu berhenti di perhentian bas. 2. Jangan menerima pelawaan orang yang tidak dikenali. Ayat manakah yang betul? Jika dirujuk dalam tatabahasa dewan, selepas kata perintah boleh juga diikuti kata berimbuhan jika ayat itu sesuai.jadi, adakah ayat kedua itu betul?Ayat yang betul:
1. Bas yang rosak itu berhenti di perhentian bas. 
2. Jangan terima pelawaan orang yang tidak dikenali. 
Tatabahasa20.09.2014
Dalam iklan “Tawaran Pelawaan sebagai Penulis Pakej Buku Teks Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Tahun 1 untuk Kegunaan Mulai Tahun 2011” di laman sesawang DBP dan di akhbar, ada ungkapan “Bahasa Malaysia SK/SJK Tahun 1” . Hal ini bermakna buku teks tahun satu akan menggunakan istilah “bahasa Malaysia”. Adakah penggunaan istilah “bahasa Malaysia” untuk buku teks sah dari segi undang-undang?Dalam Perlembagaan istilah bahasa Melayu digunakan, namun pada bulan Jun 2007 kebinet telah mengeluarkan arahan bahawa istilah bahasa Malaysia hendaklah digunakan bagi menggantikan istilah bahasa Melayu. Dalam hal yang saudara nyatakan ini, kami sarankan saudara merujuk Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mendapatkan maklumat lanjut.Lain-lain24.11.2009
Assalamualaikum. saya ingin bertanya mengenai keputusan tawaran pelawaan sebagai penulis pakej buku teks KRRS thn 2. saya telah menghantar bahan bab contoh dan sedang menanti keputusan samada berjaya atau gagal. Bila boleh saya mengetahui keputusannya? atau adakah keputusan telah dibuat dan saya gagal ? terima kasih Dr SakhilahKeputusan pemilihan panel penulis bab contoh buku teks KSSR Tahun 2 masih belum ada. Sdr akan dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan tersebut nanti.Lain-lain11.08.2010
Salam sejahtera, saya ingin bertanya sekarang DBP ada jawatan kosong sekarang?Saya berminat bekerja di DBP. Harap maklumKami akan mengeluarkan iklan pelawaan untuk mengemukakan permohonan bagi mengisi jawatan kosong di DBP dalam tempoh terdekat. Sila layari laman web DBP dan juga melihat iklan kami yang akan disiarkan di dalam akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu.Lain-lain06.06.2008
Winnie Lee 3:52PM Selamat petang Saya ingin bertanya bagaimanakah saya hendak memohon menjadi penulis buku teks bahasa Melayu tingkatan 2 untuk kegunaan tahun 2018? Terima kasihSekiranya terdapat arahan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia pelawaan sebagai calon penulis akan diiklankan melalui akhbar harian dan laman web DBP. Sila layari laman web kami dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat berkenaan.Lain-lain19.09.2016
selamat petang, saya cikgu wong, saya sangat berminat untuk menjadi penulis buku teks. Bagaimanakah cara memohon jawatan ini dan apakah kriteria yang penting?Saya telah bekerja sebagai guru selama 12 tahun. Terima kasih.Selamat tengah hari. Pelawaan sebagai calon penulis bagi program penerbitan buku teks sekolah rendah untuk kegunaan mulai tahun 2014 telah diiklankan mulai 20 Mei 2012. Sila rujuk laman web dbp.com.my untuk keterangan lanjut. Taklimat kepada calon penulis akan diadakan 26 Mei 2012 di Dewan Seminar, Aras 2, Menara DBP, Kuala Lumpur dari pukul 9.00 pagi - 4.30 petang. Terima kasih.Lain-lain21.05.2012
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
Assalamualaikum...... saya Maizura Binti Abd Aris ingin mengemukakan soalan mengenai peluang pekerjaan yang ada di Dewan Bahasa dan Pustaka. Adakah pada waktu ini DBP ada membuka peluang pekerjaan? Saya merupakan pelajar Bacelor Bahasa dan Linguistik Melayu dari UPM dana akan bergraduat pada tahun ini. saya mengharapkan kepada pihak DBP untuk memberi maklumat kepada saya sekiranya ada peluang pekerjaan di sana. sekian terima kasih.TErima kasih di atas minat yang sdr tunjukkan untuk berkhidmat bersama-sama kami. Sebagai makluman sdr, kami akan mengiklankan pelawaan untuk mengisi jawatan kosong melalui laman web DBP dan juga melalui akhbar tempatan berbahasa Melayu khususnya terbitan hujung minggu. Sila pastikan sdr tidak terlepas daripada membaca iklan tersebut.Lain-lain09.06.2008
12

Kembali ke atas