Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.was] | ڤلاوس

Definisi : sj tumbuhan (pokok renek), Calycopteris floribuna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.was] | ڤلاوس

Definisi : (Bio) makanan yg kaya dgn bahan yg tidak dapat tercerna (terutamanya selulosa). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.was] | ڤلاوس

Definisi : apa-apa yg dpt melegakan atau dpt melancarkan perjalanan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelawas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roughagepelawas; rufajVeterinarTiadaTiada
exhaust ductsalur pelawasGeologiTiadaTiada
lactose intolerancetak toleran laktosaMakanan dan PemakananTeknologi MakananMasalah kesihatan yang dialami oleh seseorang terutamanya disebabkan kekurangan enzim laktase untuk menghidrolisiskan laktosa. Laktosa ini masuk ke bahagian usus besar serta dapat ditapai oleh bakteria usus dan memberi kesan pelawas. Laktosa yang banyak dalam usus besar menyebabkan ciri-birit, kembung dan kejang perut.
Allamanda catharticaAlamandaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Apocynaceae ini juga dikenali sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun berselang, tiga hingga empat helai pada setiap buku batang. Daunnya berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng berwarna kuning. Tumbuhan jenis renik yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap Daun sebagai pelawas dan merangsang muntah tetapi pengambilan berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akar digunakan untuk rawatan penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam, dan busung (ascites). Wap daripada rebusan pokok dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala.
Allamanda catharticaalamandaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Apocynaceae yang dikenali juga sebagai cempaka hutan, akar cempaka kuning dan bunga akar kuning. Daunnya jenis ringkas, tersusun secara berselang, mempunyai tiga hingga empat helai daun pada setiap buku batang dan berbentuk elips. Bunganya berbentuk loceng dan berwarna kuning. Alamanda merupakan tumbuhan jenis renek yang banyak digunakan sebagai tanaman hiasan dan landskap. Daunnya digunakan sebagai pelawas dan untuk merangsang muntah tetapi pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan. Daunnya juga digunakan secara luaran untuk merawat bisul dan kurap. Akarnya digunakan untuk merawat penyakit kuning, gigitan ular dan limpa yang bengkak akibat malaria. Kulit pokok digunakan untuk mengubati demam dan busung. Wap daripada rebusan tumbuhan ini dihidu untuk melegakan batuk dan pening kepala.
Senna alataGelenggangPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Fabaceae ini juga dikenali sebagai gelenggang padang dan gelenggang kasar. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis pinat mengandungi 10-12 pasang anak daun. Anak daun tersusun bertentang. Jambak bunganya tumbuh menegak di bahagian terminal. Bunganya berwarna kuning. Buahnya jenis lenggai mempunyai struktur seperti sayap. Bijinya berbentuk segi tiga. Pokok ini tumbuh liar di kawasan semak. Daunnya mengandungi asid krisofanik dan beberapa jenis antrakuinon, glikosid, fiskion, kempferol, aloe emodin krisofanol, deoksikoelutin, senosid, rein, sitosterol, isokrisofenol dan dihidro-3-hidroksiantron. Daunnya digunakan secara luaran untuk merawat kurap, kayap, gatal, edema, ekzema dan gigitan serangga. Kulit pokok digunakan sebagai tampalan untuk merawat kayap dan bengkak. Air rebusan daun, bunga, akar atau kayu diminum sebagai pelawas. Bijinya digunakan untuk merawat kurap dan kecacingan.

Kembali ke atas