Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.la.yan] | ڤلاين

Definisi : 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.la.yan] | ڤلاين

Definisi : 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Internet serverpelayan InternetTeknologi MaklumatTiadaPelayan dalam sistem rangkaian Internet yang mengurus pelbagai sumber. Contohnya, pelayan web yang mengurus laman web. Pelayan Internet yang lain termasuklah pelayan e-mel, pelayan FTP, pelayan IRC, pelayan senarai dan pelayan perisian kumpulan.
content cachingpengagregatan kandunganTeknologi MaklumatTiadaTindakan menyalin laman-laman tapak web ke dalam pelayan-pelayan yang terletak di beberapa tempat. Apabila sesebuah kandungan dalam laman Web diminta oleh pengguna, kandungan itu dikenal pasti secara cepat dan akan disampaikan oleh pelayan yang terhampir dengan pengguna. Tujuannya untuk menghasilkan perkhidmatan yang cepat dan cekap. Pelayan agregat diletakkan di beberapa tempat dalam rangkaian Internet di seluruh dunia. Sinonim pengagihan kandungan, penghantaran kandungan, penghantaran pengedaran kandungan
Internet information server [IIS]pelayan maklumat Internet (IIS)Teknologi MaklumatTiadaSatu kumpulan pelayan Internet termasuk pelayan http dan pelayan ftp dengan keupayaan tambahan untuk sistem pengendalian pelayan windows NT Microsoft dan Windows 2000. IIS merupakan produk Microsoft untuk bersaing dengan pasaran pelayan Internet yang telah disertai oleh Apache, Sun Microsystems dan O'reilly. Dengan IIS, Microsoft turut menambah set atur cara untuk membina dan mentadbir tapak web, enjin pencari dan menyokong penulisan aplikasi berasas web yang mencapai pangkalan data.
proxy serverpelayan proksiTeknologi MaklumatTiadaPerisian pelayan yang direka bentuk untuk melindungi sumber dalaman rangkaian yang disambungkan kepada rangkaian lain seperti Internet. Pelayan ini merupakan perkhidmatan yang dilaksanakan dalam tembok api (pelayan fizikal yang terletak di antara Internet dengan Intranet). Pelayan proksi berfungsi pada tahap aplikasi dalam susunan protokol bagi menyediakan sistem kawalan memantau dan menapis trafik antara rangkaian. Permintaan bagi pihak komputer klien dalam Intranet kepada rangkaian luar seperti Internet akan dilaksanakan oleh pelayan proksi. Umumnya menyediakan perkhidmatan satu hala agar menghalang pengguna Internet khususnya penggodam daripada memasuki rangkaian dalaman atau Intranet dan mencapai sumbernya. Contohnya, apabila seorang klien dalaman telah membuat permintaan untuk mengakses pelayan Web di Internet, perkhidmatan pelayan proksi HTTP pada tembok api akan memintas paket HTTP pengguna, mempakej semula permintaan itu dan memajukannya kepada pelayan web di Internet. Paket ini akan membawa alamat IP sumber pelayan proksi dan bukan alamat IP dalaman pengguna. Kebanyakan pelayan proksi menyediakan proksi untuk aplikasi seperti HTTP, FTP, Telnet dan beberapa protokol Internet lain.
serverpelayanTeknologi MaklumatPerisianAtur cara yang menawarkan perkhidmatan daripada komputer pelayan kepada atur cara lain pada komputer pelanggan. Penyambungan antara pelanggan dengan pelayan adalah melalui suatu rangkaian komputer. Penyambungan ini menggunakan protokol yang dapat mengekodkan permintaan pelanggan dan pelayan dapat memberi maklum balas kepada pelanggan. Contoh pelayan ialah pelayan fail, web dan e-mel, iaitu berdasarkan kepada jenis perkhidmatan yang diberikan kepada komputer pelanggan.
proxy serverpelayan proksiTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang dijalankan pada pelayan yang secara konsepnya adalah seperti sistem telefon untuk Internet. Oleh kerana syarikat memiliki alamat IP yang tidak mencukupi untuk semua pengguna Internet, jadi pelayan proksi diperlukan untuk bertindak sebagai pelayan alamat IP iaitu memperuntukkan alamat IP apabila dikehendaki pengguna. Pelayan proksi ini bertindak sebagai perantaraan di antara stesen kerja pengguna dan Internet agar perkhidmatan cache, keselamatan dan pengurusan rangkaian dapat ditadbir secara berpusat. Pelayan proksi juga adalah tembok api yang melindungi rangkaian perusahaan daripada pencerobohan luar. Pada pengguna, pelayan proksi ini kelihatan tidak wujud kerana kesemua permintaan dan respons kelihatan berkomunikasi secara terus dengan pelayan Internet.
proxy serverpelayan proksiTeknologi MaklumatTiadaPerisian yang dijalankan pada pelayan yang secara konsepnya adalah seperti sistem telefon untuk Internet. Oleh kerana syarikat memiliki alamat IP yang tidak mencukupi untuk semua pengguna Internet, jadi pelayan proksi diperlukan untuk bertindak sebagai pelayan alamat IP iaitu memperuntukkan alamat IP apabila dikehendaki pengguna. Pelayan proksi ini bertindak sebagai perantaraan di antara stesen kerja pengguna dan Internet agar perkhidmatan cache, keselamatan dan pengurusan rangkaian dapat ditadbir secara berpusat. Pelayan proksi juga adalah tembok api yang melindungi rangkaian perusahaan daripada pencerobohan luar. Pada pengguna, pelayan proksi ini kelihatan tidak wujud kerana kesemua permintaan dan respons kelihatan berkomunikasi secara terus dengan pelayan Internet.
VAP (value added process)VAP (proses ditambah nilai)Teknologi MaklumatTiadaPerisian yang menambah atau menyediakan fungsi tambahan pelayan dalam pelayan NetWare 286. Misalnya, ia menyokong jenis-jenis pelayan stesen kerja, enjin pangkalan data, faks dan cetakan yang berbeza. Perisian yang hampir sama dengan NetWare 286 ialah NLM.
file serverpelayan failTeknologi MaklumatPerisianKomputer yang dihubungkan kepada rangkaian yang mempunyai tugas utama dalam menyediakan lokasi storan fail komputer yang boleh dikongsi seperti dokumen, fail bunyi, gambar, filem, imej dan pangkalan data yang boleh dicapai oleh stesen kerja yang dihubungkan dalam satu rangkaian. Istilah pelayan merujuk kepada peranannya dalam skema pelayan-pelanggan yang membenarkan stesen kerja menggunakan storan yang terdapat pada pelayan. Pelayan fail biasanya tidak melakukan sebarang pengiraan dan tidak melaksanakan sebarang atur cara bagi pihak pelanggan. Tujuan utama pelayan fail direka khas adalah untuk menyediakan capaian dan menyimpan data dengan lebih pantas bagi kegunaan stesen kerja yang memerlukan keupayaan pengkomputeran yang lebih tinggi.
KerberosKerberosTeknologi MaklumatTiadaSatu skema pengesahan kekunci simetri yang dibangunkan di MIT(Massachusetts Institute of Technology) untuk mengenali pengguna dan peranti dalam persekitaran rangkaian klien/pelayan. Kerberos disebut sebagai protokol pengesahan pihak ketiga yang boleh dipercayai. Ia dijalankan pada pelayan yang berasingan daripada mana-mana klien atau pelayan lain. Nama Kerberos diperoleh daripada nama anjing pengawal yang mengawal pintu masuk Hades (alam roh mitos Greek). Pelayan Kerberos disebut sebagai pelayan pengesahan (AS). Apabila klien ingin mencapai sesuatu pelayan, klien akan mencapai pelayan Kerberos untuk mendapatkan tiket. Tiket ini membenarkan capaian. Ini mengandaikan bahawa kedua-dua klien dan pelayan mempercayai pelayan pengesahan Kerberos pihak ketiga.
12345678910...

Kembali ke atas