Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : ®bagai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : berbagai-bagai, beberapa jenis: tarian Timur lebih ditekankan kpd perasaan sedangkan tarian Barat berpusat pd mutu dinamik ~ tarian itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pel.ba.gai] | ڤلباݢاي

Definisi : banyak jenisnya atau banyak macamnya; berbagai-bagai; berjenis-jenis; bermacam-macam: Taman itu penuh dgn ~ jenis bunga. mempelbagaikan menjadikan banyak jenisnya atau macamnya; menjadikan berbagai-bagai. kepelbagaian perihal (keadaan) pelbagai atau berbagai-bagai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelbagai


Ujian

PERKATAANPADANANBIDANGHURAIAN
nanodispersion  Sistem pelbagai fasa nanozarah yang tersebar dalam pelbagai media sama ada pepejal, cecair atau gas.
pervasive computing  Aliran ke arah memperluas penggunaan komputer untuk mengantara muka pelbagai peranti elektronik dalam persekitaran menerusi teknologi tanpa wayar. Peranti ini bersaiz kecil atau tidak kelihatan, sama ada dalam bentuk boleh alih atau ditanam dalam kebanyakan objek seperti kereta, peralatan am, peralatan rumah, pakaian, dan pelbagai barangan.
friction force microscope  Peranti yang digunakan untuk mengukur daya geseran pada skala nano. Alur laser dan pengesan fotodiod digunakan untuk menentukan pesongan tip semasa penduga mengimbas permukaan. Geseran diukur dengan mendapatkan garis imbasan pada pelbagai beban tolakan yang diketahui. Penduga silikon pada pelbagai pemalar daya dan jejari tip menyamai nilai antara 150 nm - 200 nm digunakan untuk mengenakan beban normal dalam julat imbasan 5 nm - 700 nm. Lihat juga mikroskop daya atom (AFM).
fabrication  Proses pemasangan atau reka bentuk daripada pelbagai bahagian bagi menghasilkan suatu struktur. Contohnya, fabrikasi peranti semikonduktor melibatkan pembinaan cip yang dihasilkan menerusi suatu siri langkah litografi dan pemprosesan kimia sehingga litar elektronik terbentuk di atas wafer yang diperbuat daripada bahan semikonduktor.
rare-gas nanocluster  Kelompok zarah halus pelbagai saiz antara 1 nm - 10 nm yang dihasilkan daripada gas nadir seperti kripton, xenon, argon, atau helium, menerusi pengembangan adiabatik yang mengalir keluar dari tiub rerambut kecil melalui jet supersonik ke dalam vakum. Nanogugusan gas nadir dihasilkan bagi tujuan kajian asas menggunakan spektrometer jisim. Nanogugusan gas argon atau helium disuap masuk ke dalam sistem vakum untuk menghasilkan filem tipis nanogugusan menggunakan percikan magnetron.
convergent beam  Alur sinaran cahaya yang datang dari pelbagai arah yang berbeza, sama ada selepas pantulan atau pembiasan.
molecular recognition  Keupayaan sistem biologi dan kimia mengecam pelbagai molekul dan mengawal atur sifat tertentu yang diperlukan. Dalam kimia, pengecaman molekul berlaku, apabila molekul perumah dapat membentuk suatu kompleks dengan molekul tetamu. Pengecaman dapat dibahagikan kepada pengecaman molekul statik dan pengecaman molekul dinamik. Pengecaman statik merupakan tindak balas antara molekul perumah dengan molekul tetamu, manakala pengecaman molekul dinamik adalah berkaitan dengan keseimbangan tindak balas molekul perumah terhadap pengecaman tersebut.
accelerometer  Peranti yang mengukur pecutan, kecondongan atau kesan graviti. Terdapat pelbagai jenis peranti akselerometer bergantung pada komponen utamanya seperti filem piezo, mikroelektromekanik (MEMS) dan nanoelektromekanik (NEMS). Akselerometer yang menggunakan teknologi MEMS, digunakan dalam industri automotif untuk mengesan pelanggaran dan penggelembungan beg udara. Sinonim gravimeter, meter pecutan.
nanotube  Struktur molekul berskala nanometer berbentuk seperti tiub atau silinder. Terdapat pelbagai jenis nanotiub, antaranya ialah nanotiub karbon, nanotiub inorganik, nanotiub DNA, dan nanotiub membran. Nanotiub mempunyai sifat elektronik, terma dan struktur yang lebar bergantung pada diameter, panjang dan liukan. Nanotiub dapat wujud dalam bentuk dinding tunggal atau dinding berlapis-lapis atau silinder di dalam silinder. Antara penggunaan nanotiub ialah penyimpanan data berkapasiti tinggi, peranti elektronik berskala nano dan sel suria. Lihat juga nanotiub karbon.
electrodeposition fabrication  Proses fabrikasi litar bersepadu atau nanofabrikasi yang memendapkan pelbagai filem tipis ke atas wafer silikon dengan menggunakan kaedah elektromendapan. Dalam proses yang dikenali sebagai sepuh lindap, bahan logam atau dielektrik yang ingin dimendapkan dijadikan sebagai katod. Katod tersebut akan dihentam oleh ion positif sehingga menyebabkan pengeluaran atom atau molekul dan seterusnya termendap atas permukaan wafer bagi membentuk filem yang dikehendaki.
1234

Kembali ke atas