gel tray system | sistem ceper gel | Pergigian | Tiada | Sistem yang melibatkan penggunaan ceper khas dan gel berfluorida yang digunakan dalam rawatan fluorida topikal. Gel berfluorida diletakkan ke dalam ceper khas bagi rahang atas dan rahang bawah mulut pesakit. Ceper yang diisi dengan gel itu dimasukkan ke dalam mulut pesakit. Mulut pesakit ditutup beberapa minit untuk membenarkan ion fluorida dalam gel diserap oleh struktur gigi. Gel ini biasanya terdapat pelbagai rasa bagi mengurangkan rasa pahit fluorida. |
fluoride varnish | varnis berfluorida | Pergigian | Tiada | Bahan kimia dalam bentuk cecair pekat yang disapu pada permukaan gigi untuk mengurangkan rasa ngilu yang dialami oleh gigi. Varnis ini juga terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit ion fluorida. Ion fluorida yang terkandung dalam cecair tersebut akan diserap oleh gigi dan menjalani proses remineralisasi untuk menghilangkan rasa ngilu. |
mouthfeel | rasa mulut | Makanan dan Pemakanan | Teknologi Makanan | Pelbagai sensasi yang dirasakan dalam mulut yang berkait dengan sifat-sifat fizikal dan kimia makanan. Contoh, rasa mulut yang terhasil apabila memakan makanan berlemak. |
taste | cita rasa | Kesusasteraan | Tiada | Pertimbangan terhadap karya sastera yang kritikal dan estetik berdasarkan ciri-ciri kecemerlangan-nya. Dengan maksudnya yang lebih longgar, cita rasa tidak lagi berdasarkan ciri kecemerlangan sastera seperti dahulu, tetapi lebih menjurus kepada kriteria peribadi yang pelbagai atau kriteria yang popular. Dalam banyak hal, nilai cita rasa biasanya ditentukan oleh golongan elit dalam sesuatu masyarakat. |
cheese | keju | Geografi | Tiada | Dadih susu yang telah dimampat dan disediakan dengan pelbagai cara dan rasa, mempunyai nilai protein yang sangat tinggi. |
cheese | keju | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Dadih susu yang telah dimampat dan disediakan dengan pelbagai cara dan rasa, mempunyai nilai protein yang sangat tinggi. |
home garden | taman rumah | Landskap | Tiada | Kawasan berlandskap yang dibina di kawasan rumah dan ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan hiasan, herba atau pokok buah-buahan menurut keperluan dan cita rasa penghuni. |
volatile oil | minyak meruap | Herba | Fitokimia | Minyak bukan lemak yang mempunyai bau dan rasa yang kuat, biasanya menyamankan. Minyak meruap boleh didapati daripada bunga, atau bahagian lain pokok melalui pengekstrakan pelarut atau penyulingan stim. Terpena merupakan komponen utama minyak meruap di samping campuran aldehid, asid atau alkohol. Terpena lebih mudah diruapkan berbanding minyak sayuran dan diperoleh daripada pelbagai jenis tumbuhan, sesetengahnya mempunyai nama eksotik seperti bois-de-rose, minyak neroli, minyak ylang-ylang, minyak ros otto dan patchouli. Minyak meruap juga digunakan dalam minyak wangi, bahan pewangi dan perasa makanan. Minyak turpentin pula digunakan sebagai pelarut dan penipis cat. Sinonim minyak pati. |
sexual dysfunction | disfungsi seksual | Psikologi | Psikologi Umum | Masalah berkaitan dengan tingkah laku seksual yang boleh menimbulkan pelbagai kecelaruan psikologi. Menurut pakar psikologi, terdapat empat jenis masalah disfungsi seksual, iaitu kecelaruan nafsu, kecelaruan bangkitan, kecelaruan orgasma dan kecelaruan kesakitan seksual. Dalam kecelaruan nafsu, individu tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap seks. Mereka yang mengalami masalah bangkitan pula mungkin mempunyai nafsu tetapi sukar dirangsangkan. Kecelaruan orgasma dialami oleh individu yang mengalami ejakulasi yang terlalu cepat atau langsung tidak mengalami orgasma. Individu yang mengalami kecelaruan kesakitan seksual pula biasanya akan mengalami rasa sakit semasa bersenggama sehingga membuatkan mereka tidak selesa atau menyukarkan hubungan seksual. |
fluoride preparations | sediaan fluorida | Pergigian | Tiada | Campuran bahan kimia yang mempunyai ion fluorida yang digunakan dalam rawatan fluorida topikal. Campuran bahan ini boleh dimasukkan ke dalam ceper khas dan diletakkan pada permukaan gigi. Sediaan ini juga boleh disapu pada permukaan gigi dengan menggunakan pelet kapas. Sediaan fluorida terdapat dalam pelbagai perisa untuk mengurangkan rasa pahit. Ion fluorida akan diserap oleh gigi untuk memperkuat struktur gigi supaya lebih tahan terhadap tindakan asid dan mengurangkan kejadian karies. |