Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : (pelékat) sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : ®pelakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : perekat, gam; berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : /pelékat/, = kain ~ kain sarung yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya (biasanya dipakai oleh orang lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelekat

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, saya ingin bertanya. Yang manakah ejaan yang betul antara 'kain pelekat' dengan 'kain pelikat'? Dalam kamus memang ejaan 'kain pelekat' tetapi apabila saya google dalam Internet dan berdasarkan percakapan harian, ejaan yang biasanya digunakan ialah 'kain pelikat'. Jadi, yang manakah betul?Istilah yang betul ialah "Kain Pelekat". Kain pelekat ialah kain sarung yang berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya. Kain pelekat biasanya dipakai oleh orang lelaki.Ejaan09.05.2013
Objek yang dipanggil "sepanduk" (banner) dan "papan tanda" (signboard) dikategorikan sebagai "placard" di dalam bahasa Inggeris, oleh itu adakah perkataan "pelekat" boleh digunakan sebagai padanan kepada perkataan "placard"?

Hal ini kerana kedua-dua "sepanduk" dan "papan tanda" mempunyai persamaan dengan "pelekat" iaitu "sesuatu benda yang mempunyai tulisan atau gambar yang bertujuan memberi maklumat kepada orang yang melihatnya"

Terima kasih.
Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi placard ialah pelekat.


Kamus Dewan Edisi Empat mentakrifkan pelekat sebagai 1. sesuatu yang digunakan untuk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yang mempunyai tulisan atau gambar untuk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pada sesuatu permukaan: ~ kereta.

Sila rujuk pelekat">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pelekat.
Penyemakan dan penterjemahan02.10.2014
"Double sided tape" dalam bahasa Malaysia ialah "pita pelekat dua muka" atau boleh hanya menggunakan "pelekat dua muka"? Bagi "double sided foam tape" pula apakah perkataan BM yang digunakan?Padanannya ialah pita dua muka dan pita busa dua muka.Istilah04.02.2009
Apa beza pita pelekat dengan pita perekat? Yang mana lebih sesuai untuk sarikata?Kedua-dua istilah tersebut betul dan tidak ada perbezaan. Oleh itu, kedua-dua istilah tersebut boleh digunakan.Istilah31.03.2011
double sided typepita pelekat/pita berpelekatLain-lain04.02.2009
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin.Tatabahasa11.06.2021
Soalan Pantun Bagaimanakah membina pantun ‘Apa tanda kain pelekat,raginya halus dibentang lebar,apa tanda pemimpin rakyat,budinya halus orangnya sabar’.Minta memberikan satu ayat Manakala apakah tajuk sesuai digunakan ?Untuk makluman tuan/puan, pantun ialah sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap.

Setiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian, iaitu bahagian pembayang dan bahagian maksud. Bagi pantun emapat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud. Bagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.

Rima atau bunyi akhir di hujung baris adalah sejajar. Bagi pantun dua kerat, rima akhir berbentuk "a,a". Bagi pantun empat kerat pula, rima akhir berbentuk "a,b,a,b"

Biasanya, setiap baris dalam pantun mempunyai empat  hingga lima perkataan, dan lapan hingga 12 suku kata.

Contoh pantun yang diberikan di atas boleh digunakan dan cadangan tajuk yang sesuai ialah Pemimpin Berjiwa Rakyat.
Sastera13.01.2021
Maksud lakri, berlakriLakri ialah sejenis pelekat, berlakri pula ialah berpelekat.Makna19.01.2010
Selamat sejahtera. Apakah istilah yang betul untuk 'masking tape'? adakah Pita pelekat? terima aksih.Istilah dalam bahasa Melayu untuk "masking tape" ialah "pita lindung".Makna18.08.2020
Tuan, apakah istilah yang tepat bagi papan tanda yang dibawa ketika perbarisan kontijen sukan dll. Adakah penggunaan 'papan pelekat' betul?Benda yang tuan maksudkan ialah sepanduk, iaitu kain atau sebagainya yang dibawa sewaktu berarak.Istilah26.01.2014
12

Kembali ke atas