Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : (pelékat) sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : ®pelakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : perekat, gam; berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : /pelékat/, = kain ~ kain sarung yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya (biasanya dipakai oleh orang lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelekat

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN PELEKAT

KAIN PELEKAT, kain sarung yang diperbuat daripada benang kapas tenunan tabi dengan ragam hias tapak catur atau berpetak-petak atau berjalur-jalur.

BUDAYAKraf Tangan
PAKU

Paku ialah pelekat yang paling meluas digunakan

untuk melekatkan sekeping papan dengan papan

yang lain. Paku juga boleh digunakan untuk

mencantumkan papan dengan bahan-bahan, seperti

kain, kepingan logam, dan wayar. Paku batu boleh

melekatkan bahan-bahan pada bata dan konkrit.

UMUM 
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
BERENDOI

BERENDOI, seni pentas yang dipersembahkan sempena upacara mencukur rambut anak yang baru lahir.  Apabila umur anak itu genap tujuh hari, dijalankan upacara mencukur rambut serta naik endoi (buai).  Pada ketika anak itu selamat dinaikkan ke endoi, beberapa peserta dijemput khusus untuk berdikir atau memulakan persembahan dikir berendoi.  Peserta ini memakai baju Melayu dengan kain pelekat atau pantalon, bersongkok atau berkopiah.

BUDAYAPerayaan/Upacara

Kembali ke atas