Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : (pelékat) sj kain sarung (yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk me­lekatkan (gam, kanji, dsb); 2. helai plastik atau kertas yg mempunyai tulisan atau gambar utk menandakan sesuatu, biasanya ditampal­kan atau dilekatkan pd sesuatu permukaan: ~ kereta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : ®pelakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : perekat, gam; berpelekat dilekat (dicantum) dgn perekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : /pelékat/, = kain ~ kain sarung yg berjalur-jalur atau berpetak-petak coraknya (biasanya dipakai oleh orang lelaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.le.kat] | ڤلکت

Definisi : bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelekat

Puisi
 

Ambil kertas lukis pelamin,
     Mari pelekat di papan geta;
Saya nak pesan kepada angin,
     Dah angin pun tak boleh berkata.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Bukan pelekat sembarang pelekat, Pelekat sudah beragi-ragi; Bukan lekat sembarang lekat, Lekat tak dapat dibuka lagi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kain pelekat mukanya dua, Sudah sejudu beri bertali; Duduk berdekat kita berdua, Marah ibu jangan peduli.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Berguna pelekat dibuat sarung, Bila disarung tertutup aurat; Berguna adat dapat bernaung, Bila bernaung hidup selamat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Lain pelekat lain warnanya, Lain belakang lainlah ragi; Lain adat lain maknanya, Lain orang lainlah budi.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Telur pelekat tiga berangkai, Jatuh sebiji menimpa papan; Kalau tak dapat bunga setangkai, Harus kumbang mati beragan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau memakai kain pelekat, Dibawa berjalan dapat selesa; Kalau pandai memimpin umat, Negara aman rakyat sentosa.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau memakai kain pelekat, Pergi berjamu ditengok sopan; Kalau pandai memimpin umat, Negeri maju penduduk pun aman.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau niat berkain pelekat, Eloklah pula memakai capal; Kalau niat memimpin rakyat, Duduk bicara memakai akal.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau niat berkain pelekat, Eloklah memakai baju kuning; Kalau niat memimpin rakyat, Eloklah perangai malu berbohong.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau niat berkain pelekat, Siapkan kopiah dengan bajunya; Kalau niat memimpin rakyat Bersikap ramah jangan aniaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas