Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lé.long] | ڤليلوڠ

Definisi : orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lé.long] | ڤليلوڠ

Definisi : orang yg melelongkan (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelelong


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pawn auctionerpelelong gadaianEkonomiEkonomi IslamIndividu atau syarikat yang dilantik oleh pegadai untuk menjalankan kerja lelongan barang gadaian yang gagal ditebus oleh penggadai. Tugas pelelong termasuklah menyediakan notis lelongan gadaian, melakukan lelongan, menentukan pembida yang berjaya dan mendapatkan pembayaran yang akan diserahkan kepada pegadai. Pembida yang berjaya merupakan pihak yang menawarkan harga tawaran tertinggi. Pegadai akan membiayai kos pelelongan yang terlibat sebagai balasan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh pelelong.
licensed auctioneerpelelong berlesenUndang-undangTiadaTiada
pawn auction noticenotis lelongan gadaianEkonomiEkonomi IslamPemberitahuan kepada orang ramai bahawa lelongan barang gadaian akan diadakan. Makluman ini dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen dengan menampal notis di tempat yang sesuai. Pemberitahuan lelongan ini akan memuatkan maklumat seperti jenis barang gadaian, tarikh dan lokasi lelongan serta sebut harga.
pawn auction costkos lelongan gadaianEkonomiEkonomi IslamPerbelanjaan yang ditanggung oleh pegadai dalam proses lelongan barang gadaian. Perbelanjaan ini meliputi kos upah kepada syarikat pelelong berlesen dan kos pemberitahuan lelongan. Kos ini diambil kira dalam pelunasan pinjaman.
Ar-Rahnu Retail Financing DepartmentJabatan Pembiayaan Runcit Ar-RahnuEkonomiEkonomi IslamJabatan di bawah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad yang diberi kuasa untuk menguruskan barang-barang gadaian yang gagal ditebus. Jabatan ini ditubuhkan melalui peruntukan undang-undang kecil Akta Koperasi 1993 yang bertanggungjawab mencari beberapa syarikat pelelong berlesen untuk membeli barang gadaian secara borong. Jabatan ini juga berfungsi sebagai pemberi pembiayaan dan pengawalseliaan perniagaan cawangan Ar-Rahnu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad.
pawn item auctionedlelongan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamPenjualan barang gadaian secara lelong apabila penggadai gagal menebus semula barang gadaian. Tindakan ini dilakukan selepas tempoh tertentu notis peringatan terakhir penebusan diberikan kepada penggadai. Sebelum lelongan dilakukan, penggadai sebagai pemilik barang gadaian akan dihubungi dan dimaklumkan. Lelongan dilakukan oleh syarikat pelelong berlesen setelah notis lelongan dipaparkan untuk maklumat orang awam.

Kembali ke atas