Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.leng.kap] | ڤلڠکڤ

Definisi : 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg meleng­kapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.leng.kap] | ڤلڠکڤ

Definisi : 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lengkap (adjektif)
Bersinonim dengan genap, cukup, sempurna, tidak kurang, kamil, utuh, penuh, kafi, mustaid, jangkap;,
Kata Terbitan : selengkap, berlengkap, melengkapi, melengkapkan, kelengkapan, pelengkapan, pelengkap,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mengandungi pelengkap tak langsung ialah A.saya amengarang sebuah sajak. B.Saya mengarangkan sebuah sajak. C.Sajak utu saya karang sendiri D.Sajak itu dikarang oleh Ali mana satukah jawapannya? apakah yang dimaksudkan pelengkap tak langsung ? terima kasihYang betul ialah saya mengarangkan sebuah sajak. Sajak itu saya karang sendiri. Sajak itu dikarang oleh Ali. Pelengkap terdapat pada ayat dengan kata kerja tak transitif. Kata kerja tak transitif yang dapat menerima pelengkap ialah kata kerja yang tidak mempunyai makna yang lengkap sekiranya tidak diikuti oleh unsur pelengkap. Tapi unsur itu bukanlah objek kerana ayatnya tidak boleh dipasifkan. Frasa pelengkap tak langsung tidak terdapat dalam konteks ayat tak transitif. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah objek tepat dan objek sipi dalam konteks ayat transitif. Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 385.  Tatabahasa22.04.2008
complementarypelengkapLain-lain30.05.2008
Assalamualaikum 1) kata kerja tak transitif berpelengkap perlu letak keterangan(pelengkap) lpas kata kerja tu kan? saya agak keliru nak membezakan dengan kata kerja transitif aktif. contoh ayat: ...lantas 'menyemarakkan' gelombang keganasan.. ...pertahanan bagi 'menghadapi' serangan pihak Siam. Sejarah 'membuktikan' bahawa Kerajaan Patani... ...seorang pembesar negeri yang 'menaiki' takhta Patani... ayat2 ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 2) 'mengekang' boleh dipasifkan x? 3) adakah 'berbohong' itu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?1. Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145.
2. Kata kerja mengekang boleh dipasifkan menjadi dikekang.
3. Perkataan berbohong tergolong dalam kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.  
Tatabahasa24.03.2012
Selain petsembahan koir, acara sukanaeka turut diadakan sebagai PELENGKAP/KELENGKAPAN kepada sambutan Hari Guru. Terima kasih~Selain petsembahan koir, acara sukanaeka turut diadakan sebagai PELENGKAP sambutan Hari Guru.Tatabahasa09.09.2014
Ayat : Puan Hani tersenyum. Sesuaikah penggunaannya dalam ayat kata kerja tak transitif tanpa pelengkap?Tersenyum merupakan kata kerja kerja tak transitif yang tidak memerlukan pelengkap.Kata kerja tersebut mempunyai makna yang sempurna. Ayat "Puan Hani tersenyum" sudah gramatis dan bermakna.Tatabahasa07.03.2013
Pada ms 163 (tatabahasa Dewan), menerangkan perkataan "berjalan" kata Kerja tak transitif tanpa pelengkap. Adakah "berjalan kaki" dan "bermain bola" silap frasa?Untuk makluman, berjalan memang merupakan kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap. Sunggupun begitu, apabila dirangkaikan menjadi "berjalan kaki", ia berfungsi sebagai frasa kerja dan tidak ada kesilapan dalam perkataan tersebut.Tatabahasa17.11.2015
Perkataan 'menjadi' merupakan kata kerja tak transitif berpelengkap. Adakah betul ayat berikut walaupun tanpa pelengkap: - Tanaman padinya pada tahun ini begitu menjadi.Ayat 'Tanaman padinya pada tahun ini begitu menjadi' betul. Kata kerja tak transitif dalam ayat ini tidak memerlukan pelengkap kerana sudah mempunyai makna yang sempurna.   Tatabahasa13.03.2008
Assalamualaikum tuan. Adakah 'dikenal pasti' dan 'mendapat badan yang sihat' tergolong dalam kata kerja tak transitif dengan pelengkap? terima kasih.

Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama:
i. kata kerja transitif
ii. kata kerja tak transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Cth.: Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan. iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Contoh kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur.
Contoh kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya.

Sebagai seorang bakal guru saudari perlu lebih mengenali pelbagai aspek tatabahasa termasuklah kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Oleh itu, untuk membantu saudari menyelesaikan persoalan tersebut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, halaman 88-90 dan halaman 385-394.

Tatabahasa04.03.2019
Salam sejahtera. Apakah jawapan yang paling tepat bagi soalan ini? Harap dapat beri penerangan yang lanjut .Terima kasih. Selain persembahan koir, acara sukaneka turut diadakan sebagai ___ kepada sambutan HarI Guru. A. pelengkapan. B. Pelengkap

Selain persembahan koir, acara sukaneka turut diadakan sebagai pelengkap kepada sambutan Hari Guru.

Mengikut Kamus Dewan, pelengkap ialah apa-apa yg ditambahkan untuk melengkapkan sesuatu;
pelengkapan pula ialah perbuatan (hal dsb) melengkapi atau melengkapkan.
Tatabahasa10.09.2014
Cikgu, seorang guru pakar bahasa Melayu saya berkata bahawa "merujuk" perlu diikuti dengan kata sendi nama "kepada" kerana "merujuk" ialah kata kerja tak transitif. Jika belakang kata kerja tak transitif dihadiri dengan pelengkap, perlu ada kata sendi nama antara kata kerja tak transitif dengan pelengkap. Contoh penggunaan "merujuk" ialah: 1. merujuk kepada surat tuan 2. merujuk kepada buku Tatabahasa Dewan 3. merujuk kepada ajaran guru Tuan tolong berikan penjelasan tentang keadaan atau situasi ini. Adakah penerangan saya betul atau tidak?Isu yang sebenarnya ialah sama ada "merujuk perkara" atau "merujuk kepada perkara", dan frasa "merujuk pada" sememangnya tidak gramatis.  Mengikut rumus tatabahasa frasa "Merujuk perkara " sebagai gramatis kerana merujuk ialah kata kerja transitif yang perlu diikuti objek daripada frasa nama, iaitu perkara. Walau bagaimanapun frasa "merujuk kepada perkara" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat dan diterima.Tatabahasa23.05.2014
12345678910...

Kembali ke atas