pelengkap | 1 apa-apa yg ditambahkan utk melengkapkan sesuatu. 2 kata nama, kata sifat atau frasa sendi nama yg letaknya sesudah kata kerja intransitif, misalnya kata kebaya dlm frasa berbaju kebaya, kata genting dlm frasa menjadi genting dan di bandar dlm frasa tinggal di bandar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelengkap tujuan | Id objek (dlm ayat), penyambut (dlm ayat); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelengkap | 1. sesuatu yg digunakan utk melengkapi (melengkapkan); 2. (Lin) kata yg menerangkan kata kerja dll; 3. yg melengkapkan: badan manusia mempunyai anggota utama dan anggota ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelengkap(complementer) | Songsangan logik kepada isyarat atau bit. Misalnya, lengkapan bagi bit 1 ialah 0 dan lengkapan bagi bit 0 ialah 1. | Kamus Komputer |
pelengkap pada N(complement on N) | Pelengkap nombor yang ditentukan berdasarkan radiks N. | Kamus Komputer |
pelengkap pada N-1(complement on N-1) | Pelengkap nombor yang ditentukan berdasarkan radiks N tolak satu. | Kamus Komputer |
sudut pelengkap | sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suruhan pelengkap(complement instruction) | Suruhan komputer yang berfungsi untuk mengeluarkan sejumlah suruhan bagi setiap suruhan yang telah diaturcarakan. | Kamus Komputer |
perwakilan pelengkap(complement representation) | Bentuk perwakilan data yang digunakan bagi mewakili nombor lengkapan. | Kamus Komputer |
pengendali pelengkap(complementary operator) | Peranti logik seperti TAK, TAK DAN, dan TAK ATAU yang berfungsi memberi output yang merupakan songsangan kepada output pengendali biasa. | Kamus Komputer |