Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.sit] | ڤلسيت

Definisi : 1. sj belalang kecil, belalang bajang; 2. sj hantu yg suka menghisap darah atau memakan mayat kanak-kanak (selalu merupa­kan diri sbg belalang); ~ dua sejinjang prb perempuan yg mendua­kan lakinya; ~ dua sekampung prb lelaki yg membuat adik ipar sbg isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.sit] | ڤلسيت

Definisi : sj wisel, tiup-tiup. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.sit] | ڤلسيت

Definisi : 1 sj belalang kecil. 2 hantu yg kononnya suka menghisap darah (biasanya merupakan diri sbg belalang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelesit

Peribahasa

Perahu satu nakhoda dua.

Bermaksud :

Perempuan yang menduakan suaminya. (Peribahasa lain yang sama makna: Pelesit dua sejinjang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud jinjang?Jinjang bermaksud 1. = jinjangan sl ketua (hantu dll); 2. sl badan yg dimasuki hantu; 3. sl pawang yg menguasai hantu; 4. sl orang yg mengiringi (menemani) utusan raja; pelesit dua se~ perempuan yg berlaki dua; jinjangan tua dan jinjangan muda kedua-dua orang yg mengiringi utusan raja; berjinjang; hantu tidak ~ a) hantu yg tidak mempunyai pemimpin (ketua); b) ki orang yg berkeliaran di mana-mana.Lain-lain25.07.2010

Kembali ke atas