Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.le.ta.kan]/[pe.le.ta/.kan] | ڤلتقن

Definisi : perihal meletakkan; ~ jawatan perihal melepaskan jawatan (berhenti drpd memegang jawatan); ~ senjata gencatan senjata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.le.ta.kan]/[pe.le.ta/.kan] | ڤلتقن

Definisi : perbuatan atau hal meletakkan: ~ jawatan perbuatan berhenti drpd memegang sesuatu jawatan; ~ senjata hal atau perbuatan berhenti berperang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peletakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
product positioningpeletakan produkPengurusanPerancanganLihat peletakan pasaran.
market positioningpeletakan pasaranPengurusanPerancanganSuatu strategi pemasaran yang menentukan kedudukan sesuatu produk atau perkhidmatan yang menjurus kepada sektor pasaran tertentu. Tujuan strategi peletakan pasaran adalah untuk memastikan kualiti dan harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan akan dapat memenuhi keperluan dan keinginan sesuatu kelompok pasaran yang disasarkan. Contohnya, syarikat pengeluar kereta yang meletakkan sesuatu jenama atau model keretanya yang akan bersaing dalam pasaran kereta mewah, berkualiti dan berprestasi tinggi. Sinonim peletakan produk.
commercial spotmasa iklanKomunikasiKorporatPeletakan atau penyusunan unit iklan pada kedudukan tertentu dalam ruang selitan iklan. Keputusan untuk menentukan peletakan unit iklan tersebut perlu mendapat persetujuan dan arahan daripada syarikat pengiklanan kerana mereka mempunyai strategi penyiaran iklan masing-masing melalui pemilihan masa berkenaan. Sekiranya masa penyiaran iklan disusun letak sebaik sahaja rancangan utama ditamatkan, jumlah khalayak dijangka lebih tinggi berbanding beberapa minit selepas rancangan utama disiarkan. Penyiaran iklan pada tempoh ini biasanya dikenakan bayaran yang tinggi berbanding nilai masa iklan yang berikutnya. Penentuan masa jenis ini bukan sahaja sangat bermakna kepada stesen penyiaran, tetapi juga kepada syarikat pengiklanan. Tempoh dan jumlah penyiaran iklan di ruang selitan iklan bergantung pada jumlah syarikat yang ingin mengiklankan barangan dan dasar yang digunakan oleh syarikat penyiaran.
pre-wedgingprabajianPergigianTiadaPeletakan baji di kawasan embrasur gigi yang bertujuan untuk mendapatkan adaptasi restorasi dengan baik pada permukaan gigi. Baji diletakkan sebelum peletakan gegelang matriks.
fenestrationseni peningkapanKesenianSeni BinaReka bentuk perkadaran saiz, susunan dan peletakan bahagian bukaan dinding bangunan seperti tingkap, pintu dan bumbung. Cara peletakan dan kerja-kerja melengkapkan struktur binaan ini boleh menghasilkan rekaan seni peningkapan yang berupaya menarik perhatian. Contohnya, reka bentuk tingkap kekipas, tingkap cahaya atasan dan tingkap unjur.
indirect pulp cappingpelapikan pulpa tak langsungPergigianTiadaPeletakan ubat atau bahan kimia di atas lapisan dentin yang berdekatan dengan pulpa. Bahan kimia yang sering digunakan ialah Kalsium Hidroksida (CaOH) yang bertujuan memberi perlindungan kepada tisu pulpa. Teknik ini dilakukan sebelum peletakan simen pelapik atau pelandas dan bahan tampalan kekal. Proses ini dilakukan sekiranya tisu pulpa tidak terdedah semasa penyediaan kaviti.
respositioningpeletakan semulaPentadbiranTiadaProses mengubah tanggapan penggunaan tentang sesuatu keluaran berbanding keluaran lain.
emplacementpenempatan; peletakanGeografiTiadaTiada
emplacementpenempatan; peletakanPentadbiranTiadaTiada
emplacementpenempatan; peletakanKejuruteraanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas