Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelibatan, penglibatan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.bagaimanakah cara mengeja perkataan yang mempunyai awalan peR-...peN-? contohnya : Pelaksanaan or perlaksanaan / perlancongan or perlancongan /perlumbaan or pelumbaan? 2.ejaan pelibatan / penglibatan?

1. Kedua-dua perkataan pelaksanaan dan perlaksanaan adalah betul. Menurut Kamus Dewan,  pelaksanaan bermaksud perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Perlaksanaan bermaksud hasil daripada melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb).

2. Ejaan yang betul ialah pelancongan dan perlumbaan.

3. Kedua-dua perkataan pelibatan dan penglibatan  mempunyai maksud yang sama dan boleh digunakan.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (muka surat 108 - 133) untuk mengetahui lebih lanjut tentang awalan peR- dan peN-.

Tatabahasa24.05.2011
Salam sejahtera, saya ada pertanyaan untuk perkataan libat (perbuatan melibatkan diri). Sekiranya ada imbuhan di hadapan perkataan ini, adakah perkataan ini menjadi pelibatan atau penglibatan? Sekian, terima kasih di atas perhatian pihak DBP.

Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Pembentukan yang betul ialah melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan. Berdasarkan korpus,  penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan.

Tatabahasa17.08.2020
Penglibatan atau pelibatan? Yang Mana digunakan dalam kontek yang betul untuk penglibatan ibubapa atau pelibatan ibubapaMengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa25.07.2018
Mohon sedikit penjelasan. Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat bahawa penggunaan perkataan PENGlibatan adalah salah dan sepatutnya PElibatan. Merujuk kepada Khidmat Nasihat DBP, adakah PENGlibatan dan PElibatan adalah betul atau hanya PElibatan ejaan yang betul.Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Tatabahasa19.02.2014
Saya keliru tentang kata 'penglibatan' dan ' pelibatan', yang mana satu betul? Berdasarkan kamus dewan, penglibatan dianggap betul tetapi berdasarkan rumus pengimbuhan, pelibatan ialah kata yang sepatutnya.Mengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN- ...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri penglibatan iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara.Tatabahasa19.03.2014
Pelibatan dan penglibatan, mana satu tepat?

Ejaan18.08.2017
Salam. (Penglibatan atau pelibatan) . Mana betul.Menurut data kami, ejaan yang betul ialah penglibatan.Tatabahasa28.03.2019
Yang manakah tepat pelibatan atau penglibatan? Penggunaan banyak dan ramai bagaimana?Ejaan yang betul ialah penglibatan. Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan.Lain-lain09.09.2021
Saya ingin memastikan sama ada penggunaan perkataan PELIBATAN IBU BAPA @ PENGLIBATAN IBU BAPA yang betul dan digunapakai untuk kajian ilmiah? Saya ingin kepastian bagi tujuan penulisan tajuk tesis saya, melalui pembacaan saya di dalam buku PPMP 2013-2025, mereka menggunakan perkataan PELIBATAN IBU BAPA tetapi sebaliknya kebanyakan penulisan menggunakan perkataan PENGLIBATAN IBU BAPA. Boleh berikan cadangan kepada saya supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera. Terima Kasih.Pembentukan kata yang betul ialah pelibatan. Daripada kata libat - melibat - pelibatan. Maka penggunaan kata yang paling tepat ialah "Pelibatan Ibu Bapa". Walaupun begitu kata penglibatan bukanlah salah, malah banyak digunakan dalam wacana dan ditemukan dalam data korpus.Tatabahasa24.07.2015
PELIBATAN ATAU PENGLIBATANMengikut Tatabahasa Dewan, berdasarkan faktor fonologi, perubahan peN-...-an menjadi pe-...an apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf m, n, ng, r, l, y dan w. Oleh sebab itu, bentuk  yang betul bagi kata libat ialah 'pelibatan'. Namun disebabkan kekerapan masyarakat menggunakan 'penglibatan' maka Kamus Dewan dan Kamus Pelajar memasukkan entri ‘penglibatan” iaitu melibatkan diri sesuatu hal  atau perkara, jadi “penglibatan” juga boleh digunakan untuk maksud yang sama dengan “pelibatan”.Lain-lain20.02.2019
123

Kembali ke atas