Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.li/] | ڤليق

Definisi : 1. aneh, ganjil, tidak biasa (lazim): barang-barang yg dibawanya ~-~; cerita itu penuh dgn hal yg ~-~; 2. sukar, sulit: perkataan yg ~-~; pertanyaan yg ~; 3. penting: perkara yg ~; memelikkan menganehkan, menghairankan: itulah yg ~ teman-teman sepejabat; kepelikan 1. perihal pelik, keanehan, ke­ganjilan; 2. kesukaran, kesulitan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.li/] | ڤليق

Definisi : Id barang tambang; ilmu ~ pengetahuan bkn barang tambang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.li/] | ڤليق

Definisi : ark sl sj kerabu, subang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.li/] | ڤليق

Definisi : 1 tidak biasa atau tidak lazim dilihat; aneh; ganjil: barang yg ~-~. 2 tidak mudah difahami; susah; rumit: perkataan yg ~-~. 3 berasa hairan: Saya ~ memikirkan bagaimana perkara itu boleh berlaku. memelikkan menyebabkan (berasa) pelik; menganehkan; menghairankan. kepelikan keadaan pelik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelik (adjektif)
Bersinonim dengan aneh, ganjil, luar biasa, ajaib, asing, gharib;,
Kata Terbitan : kepelikan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pellicpelikGeologiTiadaTiada
eccentric landscapelandskap pelikLandskapTiadaLandskap atau taman yang mempunyai reka bentuk yang lain daripada kebiasaan. Landskap ini bertujuan menarik perhatian pengunjung. Contohnya, kereta yang ditumbuhkan dengan rumput.
grotesquegrotesKesusasteraanTiadaPengherotan bentuk manusia yang pelik dan hodoh dalam seni ukir, seni bina, dan seni lukis. Istilah ini juga merujuk kepada representasi aneh perlakuan dan sifat manusia atau sifat binatang dalam karya sastera, bertujuan untuk mengejutkan, menyindir, dan mempersendakan. Contoh karya berunsur grotes terdapat pada watak �Uriah Heep� dalam karya bertajuk David Copperfield oleh Charles Dickens (1812 � 1870). Namun, unsur grotes lebih ketara dalam karya absurd moden yang ditulis oleh penulis eksistensialis. Contoh tempatan ciri-ciri grotes ini boleh ditemui pada watak peran dalam Menora dan mek Mulung. Grotes berasal daripada perkataan Latin grotte bermaksud �gua batu�.
spite houserumah beronaUmumTiadaBangunan berstruktur pelik yang dibina atau diubah suai dengan tujuan menyusahkan kejiranan atau mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan tanah.
cybernoirsibernoirTeknologi MaklumatTiadaDigunakan untuk memerihalkan filem-filem siber yang pelik dan tidak bermoral.
romantic novelnovel romantikKesusasteraanTiadaNovel yang menekankan aksi dan bukannya perwatakan. Novel ini mengisahkan tentang cerita pengembaraan, peristiwa pelik, dan peristiwa penuh misteri. Novel ini digubah berasaskan imaginasi pengarangnya, dan digemari oleh mereka yang inginkan pelarian daripada dunia nyata. Contoh sastera Barat yang digolongkan dalam kategori ini ialah Tom Jones oleh Henry Fielding dan the House of Seven Gables oleh Nathaniel Hawthorne.
slangslangaSosiolinguistikTiadaVariasi bahasa yang terhasil daripada adaptasi dan pengembangan makna yang sedia ada dan membentuk perkataan baru dengan tidak mengambil kira prinsip Iinguistik bagi pembentukan perkataannya; selalunya berbunyi pelik kepada sesetengah kelas dan kumpulan sosial atau usia.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
aphotic zonezon afotikSains MarinTiadaBahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini.
surrealismsurealismeKesusasteraanTiadaPemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, dan pelanggaran urutan peredaran masa seperti urutan mimpi dan igauan, pada jukstaposisi imejan yang pelik, memeranjatkan atau tidak berkaitan. Pemikiran sualisme ini adalah lanjutan daripada karya Andre Breton dari Perancis berjudul Manifesto on Surrealism (1924). Menurut karya ini, minda harus dibebaskan daripada logik dan kewarasan. Pendapat ini merupakan satu perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan revolusionari dalam bidang lukisan, ukiran dan sastera, dan sering digabungkan dengan perkembangan politik dan perubahan sosial setempat. Pengaruhnya tersebar luar di Eropah dan Amerika. Antara nama ahli surealis yang terkenal dari Negara Perancis ialah Louis Aragon dan Salvador Dali. Di England dan di Amerika, pengaruh surealisme dapat dilihat dalam sajak Dylan Thomas yang menghasilkan penulisan fantasi igauan dan lawak hitam. Pengaruh ini juga ditemui dalam novel Henry Miller karya Thomas Pnychon berjudul V dan karya William Burroughs berjudul Naked Lunch. Istilah super-realism dicetuskan oleh Gullame Appollinaire.

Kembali ke atas