Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.liu.ran] | ڤليورن

Definisi : perihal (proses atau perbuatan) mengeluarkan air liur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata peliuran


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
salivationpeliuranPerubatanTiadaProses rembesan liur ke dalam mulut.
salivationpeliuranPerubatanTiadaTiada
Amanitamuscaria poisoningkeracunan AmanitamuscariaKimiaForensikKeracunan akibat termakan cendawan Amanita muscaria. Cendawan ini mengandungi alkaloid muskarina yang menyebabkan keracunan dalam masa beberapa minit hingga 2 jam. Gejala keracunan termasuk peliuran, berpeluh, muntah, sukar bernafas, kejang abdomen, dan cirit-birit. Dalam kes teruk, keracunan ini mengakibatkan konvulsi, koma dan kegagalan peredaran darah. Tanpa rawatan, kematian akan terjadi akibat kerosakan hati.
tobacco poisoningkeracunan tembakauKimiaForensikKeracunan yang disebabkan oleh nikotina yang terdapat dalam tembakau. Tanda utama keracunan ialah rangsangan pernafasan dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut ekoran pencemaran kulit atau penyedutan asap tembakau, atau debu tembakau menyebabkan rangsangan pernafasan, loya dan muntah, pening, sakit kepala, ciritbirit, takikardia, tekanan darah meningkat, berpeluh, dan peliuran. Keracunan akut akibat pengingesan atau pencemaran kulit dengan insektisid pekat yang mengandungi nikotina menyebabkan pedih mulut, kerongkong dan perut, diikuti segera dengan prostrasi, konvulsi, pernafasan semakin perlahan, ketakseragaman jantung, dan koma. Kematian terjadi dalam masa 5 minit hingga 4 jam. Keracunan kronik akibat penyedutan asap tembakau meningkatkan insiden penyakit jantung koronari dan kanser oral, pundi kencing, dan saluran pernafasan. Had pendedahan nikotina ialah 0.5 �g/ L dan dos maut adalah lebih kurang 0.6 mg/kg (1 titis).
cadmium poisoningkeracunan kadmiumKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada kadmium atau makanan yang disimpan dalam bekas kadmium, atau penyedutan wasap kadmium daripada pengimpalan, peleburan atau proses industri lain. Had pendedahan terhadap debu kadmium atau wasap kadmium oksida ialah 0.05 mg/m3. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan loya dan muntah, cirit-birit, sakit kepala, sakit otot, peliuran, sakit abdomen, kejutan, kerosakan hati dan kegagalan ginjal. Penyedutan wasap kadmium pula mengakibatkan mulut terasa payau, sesak nafas, sakit dada, batuk berserta kahak berbuih atau berdarah, lemah dan sakit pada kaki. Keracunan kronik akibat penyedutan mengakibatkan hilang deria bau, batuk, dispnea, hilang berat badan, anemia, kerengsaan, dan gigi berkaral. Penemuan patologi dalam kes maut akibat pengingesan ialah inflamasi gastrousus yang teruk dan kerosakan hati serta buah pinggang. Penemuan patologi dalam kes keracunan akut akibat penyedutan pula ialah inflamasi epitelium pulmonari dan edema pulmonari.
solanine poisoningkeracunan solaninaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada solanina (formula kimia, C45 H73NO15), iaitu serbuk berhablur putih, larut dalam etanol panas, tak larut dalam air, eterdan kloroform. Solanina ialah alkaloid sederhana toksik yang merupakan perencat kolinesterase dan terdapat dalam peratus yang rendah dalam ubi kentang dan tumbuhan lain seperti tomato dan cili. Alkaloid ini pernah digunakan untuk merawat asma, bronkitis dan epilepsi. Gejala keracunan termasuk peliuran, terketar-ketar, lemah dan paralisis. Dos melebihi 20 ppm adalah berbahaya.
aldicarb poisoningkeracunan aldikarbKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada aldikarb (formula kimia, C7H14N2O2S), iaitu insektisid karbamat yang biasa digunakan dalam rawatan tanah dan biji benih. Tanda utama keracunan adalah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut akibat penyedutan, penyerapan kulit atau pengingesan memberikan gejala dan tanda yang bermula dalam masa 30 - 60 minit dan mencapai maksimum dalam masa 2 - 8 jam: (a) keracunan sedikit menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, stupor, cemas, terketar-ketar lidah dan kelopak mata, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan; (b) keracunan sederhana menyebabkan loya, peliuran, mata berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi perlahan, dan fasikulasi otot; (c) keracunan teruk menyebabkan cirit-birit, anak mata kecil dan tak reaktif, sukar bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan sfinkter, konvulsi, koma, dan jantung tersumbat.
arachnid poisoningkeracunan araknidaKimiaForensikKeracunan disebabkan gigitan araknida, misalnya labah-labah "black widow", labah-Iabah "brown reduse" dan kala jengking beracun. Misalnya, bisa labah-labah "black widow" adalah lebih toksik berbanding dengan bisa ular, tetapi disebabkan ia tersuntik dalam jumlah yang sangat sedikit, gigitan hanya berbahaya bagi kanak-kanak dengan berat badan kurang daripada 15 kg. Bisanya menyebabkan pelbagai kesan nellrologi. Gejala utama ialah spasma otot dengan serta-merta, sakit sedikit, dan bengkak pada kesan gigitan, yang dengan cepat menular kepada sakit dada, abdomen, dan sendi dan seterusnya loya, peliuran, dan berpeluh. Pernafasan kemudiannya menjadi sukar, serta sakit otot dan kekejangan merebak ke seluruh badan. Abdomen, dada, atau otot belakang menjadi keras, dan pesakit menjadi tersangat resah.
dichlorvos poisoningkeracunan diklorvosKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada diklorvos (DDVP, dimetil-2,2-diklorovinil fosfat), iaitu pestisid fosfat organik. Had pendedahan kepada bah an ini ialah 0.1 mg/ m3, dan dos maut (LD50) ialah 56 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah gangguan penglihatan, kesukaran bernafas, dan hiperaktiviti gastrousus. Keracunan akut yang sedikit akibat penyedutan, penyerapan melalui kulit, atau pengingesan menyebabkan anoreksia, sakit kepala, pening, lemah, cemas, lidah dan kelopak mata terketar-ketar, miosis, dan kurang ketajaman penglihatan. Keracunan sederhana teruk pula akan mengakibatkan loya, peliuran, mala berair, kejang abdomen, muntah, berpeluh, nadi periahan, dan fasikulasi otot. Keracunan yang teruk mengakibatkan cirit-birit, anak mala kecil dan tidak reaktif, kesukaran bernafas, edema pulmonari, sianosis, hilang kawalan stinkter, konvulsi, koma dan jantung tersumbat.
sodium fluoride poisoningkeracunan natrium fluoridaKimiaForensikKeracunan akibat pendedahan kepada natrium fluorida (formula kimia, NaF). Ion fluorida bertindak sebagai racun sel secara langsung dengan mengganggu metabolisme kalsium dan mekanisme enzim. Natrium flourida membentuk mendakan dengan kalsium lalu merendahkan aras kalsium plasma. Kepekatan 1%-2% boleh menyebabkan keradangan dan nekrosis membran mukus. Had pendedahan ialah 0.002 mg/L, dan dos maut ialah 5 mg/kg - 10 mg/kg. Tanda utama keracunan ialah kakisan. Keracunan akut akibat pengingesan menyebabkan peliuran, loya dan muntah, cirit-birit, dan sakit abdomen. lni diikuti dengan keadaan lemah, terketar-ketar, pernafasan lemah, spasma karpopedal, dan konvulsi. Kematian disebabkan perlumpuhan pernafasan. Jika kematian tidak berlaku dengan segera, demam kuning dan oliguria mungkin terjadi. Penemuan postmortem ialah hiperemia serebrum dan edema, edema pulmonari, dan kemerosotan hati dan buah pinggang. Kematian akibat penyerapan lama menunjukkan penebalan struktur tulang disebabkan pengapuran dalam percantuman ligamen. Ruang sumsum tulang berkurang dengan banyak.
12

Kembali ke atas