Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.lom.bong] | ڤلومبوڠ

Definisi : orang yg mengusahakan lom­bong, tuan punya lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar ber­tumpu ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.lom.bong] | ڤلومبوڠ

Definisi : orang yg mengusahakan lombong; pemilik lombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelombong


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bolehkah menerangkan kepada saya perbezaan penggunaan perkataan penjumpaan dan perjumpaan. Tolong berikan ayat contoh. Sekian, terima kasih.Penjumpaan ialah perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: Penjumpaan emas di California telah menarik para pelombong ke sana.

Perjumpaan pula ialah hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: Perjumpaan itu telah diadakan di Balai Budaya.
Tatabahasa19.05.2013
Salam. Apakah terjemahan yang disarankan bagi istilah-istilah berikut? "Cryptominer" - skrip komputer yang diletakkan pada laman sesawang untuk menggunakan sumber komputer pengguna bagi mengumpul kriptowang tanpa diketahui oleh pengguna. "Fingerprinter" - Entiti yang mengumpul maklumat tentang pengguna pelayar Internet seperti konfigurasi dan maklumat tetapan komputer yang boleh dilihat oleh laman sesawang yang dilawati. Fingerprinter akan menggunakan maklumat ini bagi mencipta satu profil tentang sesuatu pengguna dengan menggunakan sejenis algoritma bagi tujuan komersial dan lain-lain. Fingerprinter ini tiada kaitan dengan cap jari biometrik, tetapi merujuk kepada 'device fingerprint' (https://en.wikipedia.org/wiki/Device_fingerprint). "Device Fingerprint" - (Seperti dinyatakan di atas)Cadangan terjemahan yang sesuia bagi "Cryptominer"  mengikut konteks yang diberikan ialah aplikasi pelombong krypto, manakala terjemahan bagi "Fingerprinter" masih belum ada dalam pangkalan data kami. Pihak kami akan membincangkan terlebih dahulu dalam jawatankuasa istilah kami bagi mendapatkan padanan yang sesuai mengikut konteks yang diberikan.Makna28.11.2020

Kembali ke atas