Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1. terhenti atau reda (angin dll), seng­gang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesem­patan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan; berpeluang mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1 terhenti (bkn angin, pekerjaan dsb): musim ~ musim tidak berangin. 2 keadaan yg menguntungkan; peristiwa baik; nasib yg baik; kesempatan: Kalau ada ~, saya bermaksud belajar di luar negara. berpeluang ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah tatacara penubuhan syarikat di malaysia? apakah peluang-peluang perniagaan secara online di malaysia?Sila rujuk Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk mendapatkan keterangan lanjut.Lain-lain23.02.2008
Salam & Selamat Petang, Memohon pihak DBP untuk menyemak bahasa dalam text dibawah. Terima kasih. Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang-peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat. Malah, alam sekitar turut medapat manfaat menerusi Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam yang kami gunakan. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Sebab itulah kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami. Di Perodua, kami sentiasa menepati kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan disamping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu adalah setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya. Itulah sebabnya di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami.Memacu transformasi, mengubah kehidupan. Selaras dengan usaha kami untuk menerokai sempadan baharu dalam industri pembuatan kereta, kami turut mewujudkan peluang usaha sama dan pekerjaan bagi komuniti setempat.  Malah, melalui penggunaan Teknologi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan cat mesra alam dalam pembuatan kenderaan kami memberikan impak yang amat baik kepada alam sekitar.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Bersama mentransformasikan Malaysia. Kehendak dan aspirasi negara adalah penyumbang kepada transformasi yang kami lakukan. Justeru, kami yakin untuk menggabungkan inspirasi global dengan inovasi tempatan bagi membantu memajukan bakat dan komuniti yang terlibat dalam industri automotif Malaysia.

Di Perodua, kami sentiasa mematuhi kualiti antarabangsa dan piawaian keselamatan, di samping mengutamakan servis yang bermutu. Bagi kami, pembuatan sesebuah kereta itu setanding dengan perkhidmatan yang diberikan kepada pemandunya.

Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Perjalanan transformasi kami bermula dengan anda. Andalah inspirasi kami.
Tatabahasa31.03.2015
1. rending ayam atau ayam rending 2. memberikan peluang pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan1. rendang ayam.

2. mewujudkan peluang pekerjaan.
Tatabahasa26.10.2013
Ayat yang manakah tepat dan betul? (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerah kehidupannya. (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerahi kehidupannya. (a)Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara akan mencerahkan kehidupannyaAyat yang lebih baik ialah "Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara dapat mencerahkan kehidupannya".Tatabahasa12.12.2015
Salam sejahtera. Adakah cungkil bakat dan peluang keemasan ialah simpulan bahasa?Waalaikumussalam,
Peluang keemasan merupakan simpulan bahasa yang bermaksud peluang yang paling baik manakala cungkil bakat merupakan istilah umum yang bermaksud usaha untuk mencari bakat baru seperti menjadi pelakon atau penyanyi.
Sastera20.06.2019
Yang mana satu penggunaan yang betul: 1. Murid layak diberikan peluang tinggal di asrama.. atau 2. Murid layak diberi peluang tinggal di asrama...Ayat yang betul ialah "Murid layak diberi peluang tinggal di asrama".Tatabahasa27.01.2015
DBP, yang manakah adalah betul? (a) Tidak ketinggalan juga, industri pertanian dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia. (b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masayarakat Malaysia.(b) Tidak ketinggalan, industri pertanian juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat Malaysia.Tatabahasa06.07.2011
Salam sejahtera. Mohon ulasan, adakah tiga ayat di bawah membawa maksud yang sama? Bolehkah ayat ke-3 diguna pakai? 1. Kami adalah majikan yang menyediakan peluang sama rata. 2. Kami adalah majikan dengan peluang sama rata. 3. Kami adalah majikan peluang sama rata. Terima Kasih.Cadangan ayat yang betul dan gramatis ialah: Kami ialah majikan yang menyediakan peluang sama rata.Tatabahasa17.07.2019
MENCARI PELUANG PEKERJAAN DI DBP...TERIMA KASIHKami amat mengalu-alukan sekiranya saudara mempunyai hasrat untuk berkhidmat dengan DBP. Sila layari laman web kami atau lihat iklan kekosongan jawatan yang kami siarkan melalui akhbar utama berbahasa Melayu dari semasa ke semasa.Lain-lain04.01.2013
makna terbukaMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut.Tatabahasa07.03.2013
12345678910...

Kembali ke atas