Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1. terhenti atau reda (angin dll), seng­gang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesem­patan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan; berpeluang mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1 terhenti (bkn angin, pekerjaan dsb): musim ~ musim tidak berangin. 2 keadaan yg menguntungkan; peristiwa baik; nasib yg baik; kesempatan: Kalau ada ~, saya bermaksud belajar di luar negara. berpeluang ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Peluang menjadi perekabentuk Tiada1996983-880-260-3
Peluang baharu (rumi) Tiada2007 
Peluang baharu (keluaran khas) Tiada2007 
Peluang bisnis Tiada1995 
Peluang pengembangan usaha kecil dan menengah swasta Tiada 979-541-095-4
Ilmu peluang dan statistika untuk insinyur dan ilmuwanPenerbit ITBTiada19869798001117
Meneroka peluang kedua Tiada20109789834472207
Tantangan jadi peluangGrafitipersTiada19879794440191
Selepas Mahathir Peluang PAS Tiada1992 
Pengurusan bandar metropolitan: isu, cabaran dan peluangPenerbit Universiti Utara MalaysiaTiada2006983-2870-44-1
12

Kembali ke atas