Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1. terhenti atau reda (angin dll), seng­gang atau tidak sibuk (pekerjaan dll); musim ~ musim tak ada angin; 2. kelapangan, kesem­patan: ia memberanikan hatinya mengambil ~ datang bertemu dgn suaminya; ~ keemasan; berpeluang mempunyai (mendapat) pe­luang: mereka tidak ~ utk menggunakan kebolehannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan baik, ketika yg baik: kalau ~ ini dilepaskan, mungkin seumur hidup ia akan menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : 1 terhenti (bkn angin, pekerjaan dsb): musim ~ musim tidak berangin. 2 keadaan yg menguntungkan; peristiwa baik; nasib yg baik; kesempatan: Kalau ada ~, saya bermaksud belajar di luar negara. berpeluang ada peluang; mendapat peluang: Saya ~ menemuinya di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[pe.luang] | ڤلواڠ

Definisi : kesempatan yg baik: Semasa cuti, dia mendapat ~ pergi ke Bukit Fraser. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluang (kata nama)
Bersinonim dengan kesempatan, jalan, lubang, kelapangan, cerlak;,
Kata Terbitan : meluangkan, terluang, keluangan, peluang, berpeluang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
forward branchingbahagian langkauPendidikanTiadaPeluang-peluang yang diperuntukkan kepada pelajar untuk melangkau beberapa batasan bidang apabila memberi jawapan yang betul kepada sesuatu ujian.
odds onpeluang mencapai; peluang besarMatematikTiada(Bagi suatu saingan) mempunyai lebih peluang untuk menang daripada kalah.
financial information systemsistem maklumat kewanganTeknologi MaklumatPerisianSistem yang digunakan untuk mengurus dan merancang aset kewangan syarikat seperti aliran tunai, saham, bon dan pelaburan lain bagi memaksimumkan keuntungan. Selain itu, sistem ini boleh juga digunakan bagi mendapatkan peluang-peluang aset kewangan baharu.
crime opportunity theoryteori peluang jenayahKriminologiKeadilan JenayahTeori yang menerangkan bahawa jenayah akan berlaku apabila muncul peluang kepada penjenayah yang terdorong untuk melakukan jenayah. Ketersediaan peluang menjadi faktor penting yang menentukan sama ada bakal penjenayah akan dapat melakukan jenayah berkaitan. Teori ini juga menerangkan bahawa pelaku membuat pilihan rasional dengan memilih sasaran yang boleh memberikan pulangan atau habuan yang tinggi dengan usaha dan risiko yang rendah. Contohnya, rumah yang tidak berkunci dengan rapi serta kurang kawalan keselamatan memberikan peluang kepada pencuri.
opportunity crimejenayah peluangKriminologiKeadilan JenayahJenayah yang dilakukan apabila adanya peluang yang sesuai. Jenayah ini dilakukan tanpa perancangan awal. Contohnya, ketiadaan orang lain di kawasan yang sunyi memberikan peluang kepada penyerang untuk merompak mangsa.
window of opportunityjendela peluangSains PolitikPolitik PerbandinganKesempatan atau ruang yang diperoleh secara tiba-tiba oleh seseorang untuk meningkatkan kedudukan atau mendapatkan keuntungan bagi dirinya. Peluang ini mengubah kedudukan seseorang daripada rakyat biasa menjadi seorang pemimpin yang dihormati. Contohnya, seseorang yang dilantik sebagai menteri atau perdana menteri akan memberi jendela peluang kepada ahli keluarganya untuk merebut sebanyak mungkin peluang perniagaan atau politik yang penting.
opportunity recognition skillkemahiran mengenal pasti peluangPengurusanPerancanganKeupayaan atau kemahiran asas yang penting bagi individu atau organisasi, dalam proses pembuatan keputusan dengan mengenal pasti peluang untuk mengembangkan potensi kejayaan individu atau organisasi. Kemahiran mengenal pasti peluang adalah amat penting dalam bidang keusahawanan kerana akan menjurus kepada keputusan perniagaan yang boleh memajukan usaha niaga bagi meningkatkan keuntungan. Contohnya, sebuah syarikat yang mampu mengenal pasti potensi pasaran dengan meninjau persekitaran pasaran, mengenal pasti kekuatan dan cabaran yang bakal dihadapi sebelum membuat sesuatu keputusan untuk mengeluarkan produk baharu.
chancepeluangSejarahTiada1. Peluang: Kemungkinan, kesempatan atau kelapangan yang diperolehi oleh seseorang.
wild cardpeluang khasSukanTiadaPeluang untuk memasuki pertandingan sukan tanpa perlu mengambil bahagian dalam perlawanan kelayakan atau peringkat tertentu.
market nicherpengambilan peluang pasaranPentadbiranTiadaSyarikat yang mengambil peluang terhadap petak kecil pasaran dalam industri yang tidak diberi perhatian oleh syarikat lain.
12345678910...

Kembali ke atas