Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh; berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. penge­luaran (pembuangan) air atau wap oleh tum­buhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr liang halus pd kulit tubuh; keringat. berpeluh mengeluarkan peluh. perpeluhan 1 perihal berpeluh. 2 proses pengeluaran (pembuangan) air atau wap melalui stoma oleh tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Macam-macam menunggang kuda,
     Menunggang kuda di rumpun buluh;
Sapu tangan pakaian muda,
     Pohon pemalit peluh.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak air talang dipancung;
     peluh diurut,
hujan ditampung.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
sweat ~ st out, mengeluarkan peluh utk menghilangkan sst: to ~ a cold out, mengeluarkan peluh utk menghilangkan selesema;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweaty 2. smelling of perspiration, berbau /peluh, keringat/: ~ face towel, tuala muka yg berbau peluh; 3. sticky, berlengas: it happened one ~ July afternoon, peristiwa itu terjadi pd suatu tengah hari yg berlengas dlm bulan Julai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweat n 1. perspiration, peluh, keringat: by the time he reached the top of the hill his shirt was drenched with ~, apabila dia sampai di puncak bukit, kemejanya basah kuyup dgn peluh;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweatyhe held out a ~ hand, dia menghulurkan tangan yg berpeluh; they came in hot and ~ from playing tennis, mereka masuk, berpeluh-peluh setelah bermain tenis; she removed her ~ T-shirt and had a bath, dia menanggalkan kemeja-T-nya yg dibasahi peluh lalu mandi;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweat-shirt n kemeja peluh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweat-gland n kelenjar peluh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
sweat-band n pita peluh.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beadvt 1. ornament with beads, menghias dgn manik: to ~ a purse, menghias dompet dgn manik; 2. appear as small drops on (face etc) bermanik-manik pd, penuh dgn [peluh] yg bermanik-manik: his face was ~ed with sweat, mukanya penuh dgn peluh yg bermanik-manik or peluh bermanik-manik pd mukanya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
perspirationn1. sweat, peluh, keringat: his shirt was wet with ~, kemejanya basah dgn keringat; beads of ~ appeared on his forehead, berbintik-bintik keringat keluar di dahinya; 2. act of perspiring, sweating, berpeluh: this medicine will increase ~, ubat ini akan membuat seseorang berpeluh lebih banyak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
beadvi bermanik-manik: sweat ~ed on his forehead, peluh bermanik-manik di dahinya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas