Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh; berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. penge­luaran (pembuangan) air atau wap oleh tum­buhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr liang halus pd kulit tubuh; keringat. berpeluh mengeluarkan peluh. perpeluhan 1 perihal berpeluh. 2 proses pengeluaran (pembuangan) air atau wap melalui stoma oleh tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Macam-macam menunggang kuda,
     Menunggang kuda di rumpun buluh;
Sapu tangan pakaian muda,
     Pohon pemalit peluh.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak air talang dipancung;
     peluh diurut,
hujan ditampung.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PELUH UMUM 
LIANG ROMA

Liang roma ialah bukaan halus pada

kelenjar kulit. Kelenjar ini adalah seperti karung

kecil yang terdapat jauh dalam kulit. Sel di dalam

karung ini mengeluarkan peluh jika kelenjarnya

adalah kelenjar peluh, dan mengeluarkan minyak

jika kelenjarnya adalah kelenjar sebum.

UMUM 
DEODORAN

Deodoran ialah barangan pengguna atau

sejenis bahan yang dibuat untuk mengurang,

menghalang atau menutup bau badan yang

kurang menyenangkan. Kebanyakan bau badan

disebabkan oleh tindak balas bakteria dengan

peluh dan rembesan di atas permukaan kulit.

Peluh sebenarnya tidak mempunyai bau. Deodoran

biasanya mempunyai bahan kimia yang boleh

menghentikan tindakan pembiakan bakteria.

UMUM 
SAUNA

Sauna ialah sejenis permandian khas untuk

membersihkan badan dan bersantai. Ia

mengeluarkan peluh melalui kaedah wap.

Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau

bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna

menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun.

Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di

kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat

peranginan.

UMUM 
STOKING

Stoking ialah sarung kaki yang disarungkan

muat-muat pada sebahagian atau seluruh kaki.

Tight atau pantihose ialah stoking yang menutupi

seluruh kaki hingga ke pinggang. Kita memakai

stoking terutamanya untuk keselesaan, rasa panas,

hiasan, dan untuk melindungi kasut daripada peluh

dan bau kaki.

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 

Kembali ke atas