Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr lubang-lubang seni pd kulit tubuh, keringat; ~ dingin (sejuk, seni) peluh yg sejuk ketika ketakutan atau sakit tenat; mandi ~ basah oleh peluh; berpeluh 1. mengeluarkan (mengalirkan) peluh, berkeringat; 2. = berpeluh-peluh be­kerja kuat: mereka telah bersedia utk ~ di luar masa kerja mereka; perpeluhan 1. perihal berpeluh; 2. penge­luaran (pembuangan) air atau wap oleh tum­buhan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.luh] | ڤلوه

Definisi : air yg keluar dr liang halus pd kulit tubuh; keringat. berpeluh mengeluarkan peluh. perpeluhan 1 perihal berpeluh. 2 proses pengeluaran (pembuangan) air atau wap melalui stoma oleh tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
peluh (kata nama)
Bersinonim dengan keringat;
Kata Terbitan : berpeluh,

Puisi
 

Macam-macam menunggang kuda,
     Menunggang kuda di rumpun buluh;
Sapu tangan pakaian muda,
     Pohon pemalit peluh.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Tak air talang dipancung;
     peluh diurut,
hujan ditampung.

Bermaksud :

Segala daya upaya akan dilakukan, untuk menyampaikan maksudnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Tak air, hujan ditampung [= peluh diurut], b.Tak beras antah dikisik, c. Tak emas bungkal diasah, tak ada kayu tangga dibelah, d. Tak mara berdayung; bergalah; patah galah bercemat, sesudahnya sampai juga ke hulu). talang = sebangsa buluh yang banyak berisi air.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sweat suitsut peluhKesenianTiadaSut yang terdiri daripada seluar peluh dan kemeja peluh. Dipakai semasa latihan jasmani untuk memanaskan badan.
sweat clothesbaju peluhKesenianTiadaSut yang terdiri daripada seluar peluh dan kemeja peluh. Dipakai semasa latihan jasmnai untuk memanaskan badan.
condensate strainerpenyaring peluh wapKejuruteraanKejuruteraan MekanikTapis yang digunakan untuk mengasingkan zarah pepejal daripada peluh wap sebelum peluh wap itu dipam semula ke dalam dandang.
adiaphoresisadiaforesisSains ForensikTiadaKeadaan seseorang yang tidak mempunyai peluh atau kekurangan rembesan peluh. Dalam bidang forensik, kesan cap jari yang ditinggalkan oleh seorang adiaforesis mungkin menjadi kurang jelas pada permukaan yang disentuh berbanding orang yang mudah berpeluh. Hal ini akan menyulitkan proses perbandingan corak cap jari atau boleh menyebabkan kesukaran untuk mengesan dadah melalui rembesan peluh pada hujung jari.
sweat bandpita peluhKesenianTiada1. Pita yang dibuat daripada kulit kambing biri-biri yang diletakkan pada bahagian dalam topi di antara pangkal tajuk deengan birai untuk melindungi topi daripada peluh.,2. Pita memberi yang dibuat daripada fabrik teri untuk menyerap peluh. Dipakai di keliling kepala semasa bersukan. Diperkenalkan pada tahun 1980-an.
insensible perspirationperspirasi tak berderiakanPerubatanTiadaPerpeluhan yang berlaku pada permukaan tubuh, melalui proses pengewapan, tanpa melibatkan kelenjar peluh, dan tidak menampakkan titisan peluh pada kulit.
ceruminous glandkelenjar serumenBiologiHistologi dan SitologiKelenjar peluh yang telah terubahsuai di bahagian luar meatus dan menghasilkan serumen. Kelenjar ini berbentuk seperti lingkaran yang terbuka pada permukaan kulit dan akarnya sama pada akar kelenjar peluh folikel rambut.
insensible perspirationperspirasi tak nyataPerubatanTiadaPerspirasi yang berlaku pada permukaan tubuh, seperti kulit dan peparu, melalui proses pengewapan tanpa melibatkan kelenjar peluh. Perspirasi jenis ini tidak menampakkan titisan peluh pada kulit.
night sweatpeluh malamPerubatanTiadaTiada
perspiration resistanttahan peluhSosiologiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas