Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bergelut1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;Kamus Dewan Edisi Keempat
gelut Igomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~ perlawanan bergomol; bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll); pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup.Kamus Dewan Edisi Keempat
peluk1. dakap, kapuk; bantal ~ bantal utk didakap, bantal golek (guling); 2. depa utk ukuran besar (benda bulat); berpeluk berdakap, berkapuk: Raja Puspa Dewi pun ~ bercium dgn adinda baginda; ~ tangan (tubuh) a) berdakap (bersilang) ta­ngan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); duduk ~ lutut a) duduk dgn tangannya mendakap lutut; b) ki malas berusaha (bekerja); berpeluk-pelukan, berpelukan saling ber­peluk: mereka ~ sebelum berpisah; memeluk mendakap, merangkul: maka baginda pun segeralah ~ dan mencium anak-anda baginda dgn tangisnya; ~ lutut a) men­dakap lutut; b) ki tidak membuat kerja apa-­apa; ~ agama menganut atau masuk sesuatu agama; terpeluk tak sengaja memeluk, dipeluk; takut di hantu, ~ ke bangkai prb kerana takutkan rugi sedikit lalu menderita kerugian yg banyak; pelukan perihal memeluk, dakapan: Soo Bee meratap serta merebahkan dirinya di dlm ~ ibunya; pemeluk 1. sebesar lingkungan tangan memeluk, depa (ukuran besar): si Badang boleh mencabut kayu-kayu dua tiga ~; 2. penganut atau pengikut agama: ~ agama Islam; sepemeluk sebesar lingkungan atau jangkauan tangan memeluk: Kumbai teringat lagi pd pokok sebesar ~ itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergumpal1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah menjadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat ~ dlm suhu yg sejuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
bantal I1 kain yg dijahit spt bentuk karung dan diisi dgn kapas dsb utk dijadikan alas kepala ketika berbaring atau utk tempat duduk: ~ golek (peluk) bantal bulat serta panjang; ~ seraga bantal bulat dan bersulam. berbantal mempunyai atau menggunakan bantal: Adiknya tidur tidak ~. berbantalkan menggunakan sesuatu sbg bantal: Pengembara itu tidur ~ lengan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bantal I1. kain yg dijahit spt bentuk karung dan diisi dgn kapas dsb utk dijadikan alas kepala ketika berbaring atau utk tempat duduk: ~ golek (peluk) bantal bulat serta panjang; ~ seraga bantal bulat dan bersulam.Kamus Pelajar
tubuh1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; ber­peluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. baha­gian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengada­kan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ per­pustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuh­kan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesem­patan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk me­nger­jakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antara­bangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini.Kamus Dewan Edisi Keempat
gumpal1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan); bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah men-jadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat ~ dlm suhu yg sejuk;bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul; menggumpalkan 1. mengepal dan merenyukkan; 2. menyebabkan bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal): jus limau ~ susu; gumpalan 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~ darah;penggumpalan proses yg menyebabkan cecair, mis darah, bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal: bahan Allicin berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah; penggumpal (bahan) yg menyebabkan penggumpalan: vitamin K juga dikenali sbg agen ~ atau faktor pembekuan darah.Kamus Dewan Edisi Keempat
sayu1. = ~ rawan = ~ rayu perasaan sedih (pilu, gundah, hiba, dll): hatinya mengkal bercampur ~; ia selalu merindui anak itu dgn ~ rawan; 2. tidak berseri (mata), kuyu, muram atau suram (muka): matanya layu, pemandangan ~; 3. tidak nyaring (suara), lembut dan menyedihkan; bersayu-sayu sedih (suara dll), sedih benar: dia merayu ~; menyayu menjadi sayu (sedih dll): tangan-nya meraba-raba perutnya yg sakit itu dan suaranya ~; menyayukan menyebabkan jadi sayu (sedih, hiba, dll), menyedihkan, menghibakan: Lamah memeluknya dgn ratapan yg ~, suaranya hampir tidak dapat didengar; kesayuan perihal sayu (sedih, pilu, dll), kesedihan, kepiluan: masa utk berpisah sudah tiba, dan mereka pun berpeluk-peluk ~; aku juga merasai ~ yg dirasai oleh mereka itu; penyayu orang yg mudah berasa sayu: dia seorang gadis yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
takut= ~ akan (pd) 1. gentar (gerun, ngeri) meng­hadapi sesuatu yg dianggap boleh mem­bahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sang­gup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat ter­peluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; di­genggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepalaKamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas