Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : buluh yg dipukuli supaya pipih (di­lupuh) utk dibuat dinding dll; memelupuh melupuh; ®lupuh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : belahan buluh yg dipupuh atau yg dipukul utk dibuat dinding rumah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pelupuh

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Rumah besar berdinding tidak,
     Mari didinding dengan pelupuh;
Badan besar berbini tidak,
     Apa jadah di dalam tubuh.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Rumah besar dinding pelupuh, Hulu jarang hilir jarang; Mana hati tidakkan rusuh, Di hulu sayang di hilir sayang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Banyaklah orang memaku lantai, Kita memaku pelupuh juga; Banyaklah orang mengaku pandai, Kita mengaku bodoh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rumah besar berdinding tidak, Mari didinding dengan pelupuh; Badan besar berbini tidak, Apa jadah di dalam tubuh.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apabila mata tidak menampak, Cepat turun tentu terjatuh; Apabila suka lagak-melagak, Lambat-laun kan kena pelupuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Siapa suka memanjat kayu, Lama-lama tentulah jatuh: Siapa saja kuat berseteru, Ke mana-mana kena pelupuh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas