Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.ha.man] | ڤمهمن

Definisi : perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.ha.man] | ڤمهمن

Definisi : hal memahami atau memahamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemahaman


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1. Bahasa Melayu Pemahaman / Pemahaman Bahasa Melayu (Tajuk kertas peperiksaan yang mana satu betul?) Terima kasih.Frasa yang betul ialah Pemahaman Bahasa Melayu ataupun Bahasa Melayu (Pemahaman).Tatabahasa16.01.2017
apakah perbezaan penggunaan perkataan 'kefahaman' dan 'pemahaman' serta 'penulisan' dan 'menulis'. yang manakah yang betul,? ujian kefahaman/pemahaman dan pertandingan menulis/penulisan cerpenPemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. Penulisan ialah perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; Menulis pula ialah 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis olehnya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, menggambar, melukis: laksana gambar baru ditulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; Oleh itu, ayat yang betul ialah 1. ujian kefahaman. 2. pertandingan menulis cerpen.Lain-lain15.08.2010
Salam sejahtera Tuan/Puan 1) Apakah perbezaan antara 'pemahaman' dan 'kefahaman'? 2) Ayat manakah yang betul: 2a) Soalan disediakan bagi menguji pemahaman murid. 2b) Soalan disediakan bagi menguji kefahaman murid. Sekian, terima kasih. CK1. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pemahaman bermaksud perihal memahami, atau apa yang difahami tentang sesuatu perkara, manakala kefahaman ialah keupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yang dipelajari (dibaca dsb.).
 2. Kedua-duanya boleh digunakan.
Tatabahasa14.02.2012
beri pemahaman lengkap beserta contoh mengenai ''bijak membuat pertimbangan wajar''.

Makna pertimbangan ialah fikiran atau renungan menge­nai buruk baik dll sesuatu perkara (masalah dll), sbg dasar sesuatu keputusan (tindakan dll), timbangan, perhitungan, perhatian (pene-litian): seseorang pemberita haruslah mem-pergunakan ~ sendiri utk menilai sesebuah berita.

Lain-lain12.04.2010
Salam. Menurut pemahaman saya, apabila seorang rakyat bertemu dengan raja/sultan, rakyat tersebut akan menggunakan kata ganti nama 'patik'. Bagaimana pula jika sekumpulan rakyat yang bertemu seorang raja/sultan, apakah mereka menggunakan kata ganti nama 'kami' ? Terima kasih.

Untuk makluman, data bagi kata ganti nama diri yang merujuk sekumpulan rakyat yang bertemu dengan seorang raja/sultan, tidak terdapat dalam simpanan kami. Sungguhpun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "patik"
bermaksud hamba, iaitu saya (dipakai sewaktu bercakap kepada raja-raja). Berdasarkan maksud tersebut, maka kami mencadangkan penggunaan "patik-patik" bagi menujukkan konteks melebihi seorang (ramai) yang bertemu dengan raja.

Lain-lain14.12.2015
soalan kefahaman Pemahaman dan penghayatan semangat 1 malaysia sebenarnya tidak terbatas pada keadaan saling mengenali dalam kalanan masyarakat majmuk ini tetapi sebenarnya ia menuntut pemahaman yang lebih mendalam terhadap adat dan kebudaya sesuatu kaum,berikan pendapat anda?? bagaimanakah saya menjawab soalan ini??apakah isi yang diperlukan?Bagi menjawab soalah jenis pendapat, tuan perlu memahami pertanyaan utama. Tuan perlu mengemukakan idea mengenai masyarakat majmuk, adat dan kebudayaan sesuatu kaum. Tuan juga perlu memberi pandangan berkenaan isu dan idea baru pemahaman terhadap adat dan kebudayaan. Bagi tujuan itu, tuan perlu banyak membaca tentang adat dan kebudayaan.Tatabahasa25.10.2013
salam sejahtera. Yang manakah betul? Guru BM memberikan 'latihan pemahaman' ATAU ' latihan kefahaman ' kepada murid. Harap dapat beri sedikit ulasan. terima kasih.Pemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap.
Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2. sesuatu yg difahamkan: ujian ~. 

Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.
Tatabahasa12.09.2012
Cikgu, saya tidak dapat membezakan maksud antara "kefahaman" dengan "pemahaman". Tolong terangkan. Terima kasih.

Pemahaman ialah perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. Manakala kefahaman pula ialah 1. hal faham akan sesuatu; keupayaan memahami sesuatu: Setelah dibuat penilaian, barulah diketahui tahap ~ muridnya. 2.
Makna18.05.2014
saya telah menggunapaki pemahaman saya sendir bahawa dalam bahasa melayu 'semalam' dan 'kelmarin' itu merujuk kepada maksud yang sama. pohon pihak tuan jelaskan sama ada pemahaman saya ini betul atau salah. terima kasih.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, semalam dan kelmarin merujuk perkara yang sama, iaitu hari sebelum hari ini.Istilah03.08.2009
Mana satu betul i) pengayaan atau pengkayaan ii) Ujian pemahaman atau ujian kefahaman

i) Yang betul ialah pengayaan

ii) Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu ujian pemahaman dan ujian kefahaman yang bermaksud perihal memahami atau apa dan sejauh mana sesuatu itu difahami.

Tatabahasa08.08.2009
12345678910...

Kembali ke atas