Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ma.ha.man] | ڤمهمن

Definisi : perihal memahami, apa yg difahami tentang sesuatu atau sejauh mana sesuatu itu difahami, tanggapan: kesan yg paling ketara yg saya peroleh drpd kursus ini ialah ~ saya tentang hakikat Islam sbg tatacara hidup yg lengkap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ma.ha.man] | ڤمهمن

Definisi : hal memahami atau memahamkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pemahaman


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
literal exegesistafsiran harfiahKesusasteraanTiadaTafsiran berdasarkan pemahaman pembaca terhadap teks pada peringkat asas dan zahir. Pada asalnya, tafsiran harfiah digunakan untuk pemahaman kitab suci, tetapi kini digunakan untuk pemahaman teks sastera. Tafsiran harfiah melibatkan pendekatan terhadap teks pada peringkat makna yang denotatif, ternyata, dan mudah. Tafsiran ini tidak mengambil kira makna figuratif dan konotatif dalam perkataan, pernyataan, atau keseluruhan teks. Pendekatan ini melibatkan penjelasan terhadap teks berdasarkan sesuatu yang tersurat, dan bukan berdasarkan siratan atau konotasinya.
jurisprudenceperundanganSains PolitikHubungan AntarabangsaSains atau falsafah undang-undang yang memfokuskan kepada usaha menghasilkan pemahaman yang sistematik tentang sifat dan keadaan undang-undang. Pemahaman ini menghasilkan prinsip yang dapat disusun dan diaplikasikan dalam sistem undang-undang.
interpretationtafsiranKesusasteraanTiadaPemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud �memberi makna�. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika.
comprehensionpemahaman; kefahamanLinguistikTiadaTiada
comprehensionpemahaman; kefahamanPsikologiTiadaTiada
preanalytic understandingpemahaman praanalitikPendidikanTiadaTiada
apprehensionpenangkapan; pemahaman; rasa bimbangPendidikanTiadaTiada
apprehensionpenangkapan; pemahaman;kekhuatiranPerubatanTiadaKekhuatiran: Rasa takut atau resah terhadap apa yang mungkin terjadi.
comprehensionkefahaman; pemahamanPendidikanTiadaKefahaman: Peringkat memahami makna atau erti bahan yang dipelajari.
natural language understandingpemahaman bahasa tabiiKomputerTiada1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU.
12345678

Kembali ke atas