Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.main] | ڤماءين

Definisi : 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan di-terima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.main] | ڤماءين

Definisi : orang bermain atau yg memainkan sesuatu; orang yg suka bermain: ~ biola; ~ bola sepak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
salam, adakah sesuai perkataan "pemain-pemain" dalam ayat " SIRIM Berhad telah menubuhkan satu jabatan bagi membantu pemain-pemain dalam industri dari segi khidmat nasihat..."?Perkataan pemain tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut kerana belum ada peluasan makna pemain selain orang yang bermain dalam sumber rujukan kami. Cadangan kami perkataan pemain ditukarkan kepada penggiat.Istilah30.07.2012
Kemenangan itu menjadi haluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya. ayat ini sudah salah. penggunaan "haluan"" sudah salah. saya ingin tahu akan penggunaan istilah yang betul. sekian. terima kasih.Perkataan yang tepat ialah laluan.

Kemenangan itu menjadi laluan mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya.
Tatabahasa04.06.2013
Pemain-pemain dalam pertandingan perbahasan pada peringkat kebangsaan itu saling bertukar pandangan tentang masalah alam sekitar. ADA SALAH TAK?Kata pemain tidak perlu digandakan kerana pemain dalam konteks ayat tersebut telah menunjukkan jamak.Tatabahasa10.08.2012
salam.bolasepak malaysia. kemasukan pemain import, perpindahan pemain, pemain digugurkan. adakah situasi ini boleh dipanggil 'formasi' dalam dunia bola sepak.t.kasih.harap dapat membantuMerujuk Kamus Dewan formasi bermaksud susunan (sekumpulan orang atau benda) dengan bentuk tertentu sambil melakukan pergerakan. Pada pandangan kami situasi yang berlaku tidak sesuai dengan makna formasi tersebut.Tatabahasa27.12.2012
http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=suspense penggantungan: ~ of players is recommended for more serious violation of the rules, penggantungan pemain-pemain dicadangkan bagi pemain yg melanggar peraturan yg serius; n 1. a. postponement, temporary revocation, penangguhan: the disorder that forced the ~ of the meeting, kekacauan yg menyebabkan penangguhan mesyuarat itu; Pentafsiran ini salah. Perkataan yang betul ialah "suspension", bukan "suspense"Salam sejahtera,

Kami mengambil maklum akancadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. Terima kasih.
Lain-lain04.07.2020
Salam. Merujuk pada soalan sebelum ini mengenai terjemahan bagi istilah "leaderboard"; konteksnya adalah pada antara muka sebuah permainan komputer, yang menyenaraikan pemain-pemain terbaik mengikut markah mereka. Contohnya adalah di dalam gambar ini: https://www.researchgate.net/profile/Peter_Pennefather/publication/266656547/figure/fig1/AS:392167890669600@1470511519983/Example-of-a-traditional-multiplayer-leaderboard.png Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu bagi istilah "leaderboard" ialah carta kedudukan. Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan bergantung kepada konteks ayat.  Istilah09.06.2020
Saya nak tanya,apakah ayat yang betul antara berikut: pemain itu terpaksa diusung keluar padang kerana kakinya patah ( disepak atau tesepak ) oleh pemain pasukan lawan.Pemain itu terpaksa diusung keluar padang kerana kakinya patah disepak oleh pemain pasukan lawan.Tatabahasa25.10.2016
apakah permainan dam melayuMenurut Kamus Dewan pemainan Dam merupakan sejenis permainan utk dua orang pemain, setiap pemain menggerakkan 12 buah dam mengikut peraturannya di atas papan yg berpetak-petak segi empat (spt papan catur);Lain-lain05.08.2007
salam sejahtera. adakah bahasa melayu mempunyai perkataan khas bagi menyatakan keadaan di bawah; aksi pergerakan pemain yang menghantar bola kpd pemain lain dalam keadaan pemain tersebut dikawal rapat. akan tetapi bola sampai dengan sempurna dan selesa.Tidak ada satu perkataan yang khusus bagi menerangkan perbuatan tersebut, daripada satu perbuatan/keadaan kepada satu perbuatan/keadaan yang lain.Istilah02.08.2014
Pemain yang sungguh lincah itu telah dikawal oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola. munsyi, adakah lincah sesuai digunakan? TQMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lincah bermaksud tidak boleh diam atau bergerak selalu. Lincah juga bermaksud cergas, giat, pantas, tangkas, dan rancak. Oleh itu dalam konteks ayat tersebut, perkataan lincah boleh digunakan.Tatabahasa14.02.2012
12345678

Kembali ke atas